Wednesday, January 19, 2011

Jom BerMADU

Best ke berMADU ye?

Bermadu yg aku nak cerita ni bukan bermadu kongsi2 suami, tapi minum madu. Saje je aku nk bagi istilah sendiri kan, belog aku. Riak gila ayat.

ok. Cuba korang jenguk2 org2 yg suka bermadu kat sekeliling korang. Apa pendapat korang ttg dorang tu? Sihat tak? Cerdik tak?

Actually, kita pun da ramai maklum yg madu ni memang banyak sekali khasiatnya. Kalau dengar, tengok, baca iklan pun selalu je cerita pasal madu. Kalau minuman2 kesihatan pun banyak yg campur madu. Minuman sunnah la katakan.

*gambar google

Madu dikatakan mmpunyai bahan antioksidan yg dapat membunuh & mengeluarkan tolsin yg ada di dalam badan manusia yg merupakan penyebab kepada banyak penyakit kronik.

Selain tu madu jugak boleh meningkatkan kecekapan otak kita. Sebab tu kalau orang2 yg menghapal Quran selalu amal minum madu ni.

Ada jugak sorang lelaki yg aku kenal ni, dari muda dia amalkan makan madu. Dia aktif jugak la sukan2 ni. Alhamdulillah, sampai sekarang umur dia da 60 lebih tapi masih pOwer la, takde sakit2 kronik pun, awet muda lagi tu.hehe

Rasa madu pun boleh tahan sedapnya, so tak jadi masalah la kalau kita nak amal kan. Cuma harga la kadang2 ada yg mahal. Tapi kalau korang jumpa yg mahal, kena pastikan madu tu betol2 ori la. Sebab skrang ni ramai orang menipu je. Kadang2 bukan madu ori. Da campur ape2 tah cair semacam je.

Aku pun amal la jugak makan madu ni. Tapi kadang2 bekalan abes tak jugak aku minum (^_^)

Hmm, ape lagi..Jom la kita cuba amalkan..JOM BERMADU! banyak khasiat nye.huhuhu

Monday, January 17, 2011

hai Obat, hai Obat...


Obat..obat..
Mane kau obat..

Di saat kepala rase macam dOnia berpusing-pusing a.k.a pening ni, mula la aku tercarik-carik obat nak makan. Drawer aku selongkar, beg aku punggah tapi tak dapat pun aku menjumpai obat pening. Yang ada segala mcm syiling+plastik terpakai. (-_-)

locker simple dimple yummy la..betapa...

Carik punya carik, tup2 terjumpa la beberapa keping plastik obat beserta obatnya sekali. Ohh, betapa gumbiranya. (^_^)

Aku pun bace la nama obat yg akak klinik tulis, takut la salah makan kan..japgi awak pening pegi makan obat gastrik, ape jadahnya ye tak..tilik punya tilik,erk..apa name obat ni..

Obat IIUM hasil dari RM15 bayar tiap sem utk medical..

Kat plastik obat tu ada tulis 'norgesic' & ada yg tulis 'pred'...terkesima+terkedu sebentar..
Obat ape ni ek..dulu pernah la gak belajar bio & belajar la sket2 nama2 obat ni.. Tapi yang ni macam tak pernah dengar lak..tak pun aku yg da lupa.. (-_-)

Tapi pernah time kat rumah, aku check2 plastik obat dari klinik kerajaan area situ pun takde tulis obat ape..akak klinik tu briefing pasal obat time kat klinik tu je..kalau atok nenek yg kena kompem ada yg salah makan obat kang, tak pasal je..ke dah jadi hobi akak2 klinik tak tulis obat tu obat ape..

Pernah jugak satu hari tu abang aku pegi balik kat farmasi semata2 nak tanya pasal obat kat akak farmasi tu (td akak klinik :-D)..hailaaa..

Sambung balik..disebabkan aku lupa tu obat ape + tak berani nak makan, maka aku pun pegi je kedai beli panadol..mula2 nak gak carik panadol utk budak kecik tu, sedap sket rase nye, tapi tak jumpa lak..hehe..last2 makan panadol aktiPas je la..huhu

Kesimpulan, jangan simpan obat lame2 sangat..tulis sndiri nama obat tu kalu akak farmasi kurang rajin nak tuliskan (^_^)..and teringat lak jemaah tabligh pun selalu pesan: "Obat tu asbab je, yg memberi sihat itu adalah Allah.." (-_^)

Sunday, December 19, 2010

Penyeluk Saku!


Wahai para pembaca..

Pernah anda menjadi mangsa penyeluk saku?
Atau hampir2 menjadi mangsa?

Saya hampir pernah. Alhamdulillah, mujur saya tersedar dan penjenayah itu tidak sempat mengambil dompet saya. Tetapi saya tidak sempat menangkap penjenayah tersebut (agak bengang la jugak).

*gambar google

Di sini ingin saya kongsikan cerita tentang kejadian tersebut.

Beberapa minggu yg lepas, saya ke Sunway Piramid bersama rakan. Apabila masuk waktu Asar, kami menapak menuju ke surau (tingkat berapa tah). Sebelum ke surau, saya ke tandas berhampiran & rakan saya terus menuju ke surau.

Sewaktu berada dalam tandas, saya menggantung seluar di penyangkut yg terletak di pintu tandas. Sesiapa yg pernah ke Sunway Piramid pasti tahu bahawa tandasnya tidak mempunyai paip @ salur getah a.k.a 'toler'. Hanya ada paip yg menyembur dari mangkuk tandas ala2 tandas kt dalam filem Hollywood tu. Tak tahu la kalau tandas tingkat lain ada pulak. Disebabkan tiada salur getah, saya hanya fokus ke bawah dan menundukkan kepala (sebab air memancut dari bawah :-D)

Tiba2, dinding tandas sebelah kiri saya bergegar. Saya tidaklah mengesyaki apa2. Tanpa saya sedar, seorang lelaki dari tandas sebelah kiri saya itu sedang memanjat dinding & cuba mengambil dompet di dalam seluar saya.

Dengan takdir Allah, saya terdetik utk mendongak ke atas. Terkejut saya melihat seorang lelaki berbaju hitam yang sudah separuh dari badannya memasuki bahagian tandas saya. Saya terus menjerit ke arahnya.

Lelaki itu panik & cepat2 keluar dari tandas. Saya tidak sempat berbuat apa2. Saya yang masih dalam keadaan terkejut terus memeriksa kocek seluar. Alhamdulillah, mujur tiada apa2 yang hilang.

Apabila saya keluar tandas, terdapat seorang lelaki berbaju hitam menunggu di luar tandas. Dia hanya berdiri seperti menunggu giliran utk memasuki tandas. Saya tak boleh buat apa2 kerana tidak pasti adakah dia lelaki tadi. Tamat~

Nah, ni adalah pengalaman saya. Mungkin anda pun ada pengalaman berdepan penjenayah. Saya cuma berkongsi.

Sebenarnya, banyak lagi cara & kaedah yang dilakukan oleh penjenayah2 di luar sana. Sebahagiannya telah pun dicatat dalam akhbar harian. Dalam internet apatah lagi. Bermacam-macam cara. Tinggal lagi kita sebagai orang awam kena lah berwaspada agar tidak menjadi mangsa. Sekian.

"Sama2 Kita Berwaspada Ya"

Thursday, December 16, 2010

'Aku Masih Dara'


Kalau sebelum ni, Ahmad Idham tampil dgn cerita 'Cuti2 Cinta' yg kontroversi dgn 'nasi lemak 50sen', kini sekali lagi beliau tampil dgn satu lagi cerita baru yg menonjolkan gadis2 seksi dgn bahasa2 yg berbaur lucah iaitu 'AKU MASIH DARA'. (sumber: suarapeople.com)

Antara kata2 yg kontroversi dalam cerita tersebut adalah 'aku sangap lubang' & 'semua perempuan pakai tudung sebab nak cover lovebite'. Terdapat juga statement menyatakan dara tidak lagi penting pada zaman sekarang.

Pada pendapat penulis, kebanyakan produser filem pada zaman sekarang lebih suka menerbitkan filem2 yang kontroversi dengan menampilkan gaya bahasa yang lucah serta melibatkan gadis2 yg seksi. Bagi mereka, filem seperti itu seiring dgn perubahan zaman dan memang menunjukkan kehidupan yg benar2 terjadi pada masa kini.

Namun, lain pula bagi penulis. Penulis beranggapan filem2 yg berbaur lucah ini hanya untuk meningkatkan jumlah penonton sekaligus meningkatkan keuntungan mereka.

Jika ingin memberi keinsafan kpd penonton, filem atau drama yg ingin dihasilkan perlu lebihmenonjolkan ibrah atau pengajaran seta iktibar. Tetapi, filem pada zaman sekarang dilihat lebih kpd keseronokan semata-mata.

Mungkin bagi mereka yg mengkritik filem ini akan dianggap jumud. Namun kesan dari filem ini, mungkin para penonton pula akan menjadi lebih terbuka kpd seks bebas & lain2 masalah sosial. Na'uzhubillah..

"Ya Allah, Selamatkanlah Pemuda Pemudi Islam..Ameen"


Wednesday, December 15, 2010

Pelajar CFS Terkena Gangguan Seksual


Apabila menyebut tentang gangguan seksual, sebahagian orang memandang enteng sahaja perkara tersebut dan hanya mengambil berat seandainya dirinya sendiri atau kaum keluarga atau juga rakan-rakannya telah menjadi mangsa.

Begitu juga diri saya. Selama ini, gangguan seksual ini jarang2 sekali saya dengar berlaku di sekeliling saya. Kebiasaannya kedengaran hanya berlaku di tempat kerja. Tetapi baru2 ini, saya dikejutkan dengan berita seorang kawan perempuan saya telah terkena gangguan seksual sewaktu berjoging di sekitar CFS UIAM Nilai.

Dikhabarkan pelajar perempuan tersebut beriadah bersama-sama rakan sebiliknya di Nilai Square (bersebelahan dgn CFS). Kemudian ketika mereka leka beriadah, datang seorang lelaki bermotosikal. Lelaki tersebut kemudiannya melondehkan seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada salah seorang pelajar tersebut. Pelajar tersebut lantas memberitahu rakan-rakannya lalu lelaki tersebut terus melarikan diri dengan motosikalnya.



Dalam kejadian yg lain, seorang pelajar melaporkan bahawa dia telah diikuti oleh seorang lelaki bermotosikal ketika keluar berseorangan dari asrama perempuan. Lelaki tersebut disyaki adalah lelaki yang sama dalam kes yang sebelum itu.

Nah, dalam entry sebelum ini, saya telah menyebut tentang kerisauan ibubapa terhadap keselamatan anak2 mereka yang belajar di CFS UIAM Nilai. Kini, kerisauan mereka itu bukan hanya di bibir mahupun di fikiran semata, bahkan ianya perlu kepada tindakan untuk ditangani. Berita tentang gangguan seksual yang berlaku ini tidak boleh dipandang remeh. Pelajar2 perempuan di sini sangat terdedah kepada bahaya & perkara ini sangat perlu diambil cakna oleh semua pihak terutama yang bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan kampus.

Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat melaksanakan tanggungjawab & menjalankan amanah sebaiknya.

"Jangan Sudah Terhantuk Baru Nak Terngadah"

Tuesday, December 14, 2010

(GEMPAR) CFS IIUM Nilai semakin kondusif?


Benarkah CFS IIUM Nilai semakin kondusif?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif ialah sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu.

Kalau dulu, para pelajar sibuk menyatakan persekitaran CFS ini tidak kondusif. Kebanyakannya berhujah dengan bukti2 yang memang jelas.

Persekitaran kampus yang terbuka memberi impak yg kurang elok kepada pelajar yg membawa imej pelajar Islam. Para pelajar sangat terdedah kepada ancaman budaya tercemar kerana ruang untuk mereka bergerak bebas terbuka luas. Tambahan pula, persekitaran yang tidak berpagar memudahkan percampuran antara pelajar dengan orang awam.

Antara isu yang paling hangat timbul dalam kalangan pelajar adalah berkaitan pembinaan 'laluan berbumbung' dari bangunan asrama menuju ke bangunan kelas. Jika hari hujan lebat, para pelajar terpaksa meredah hujan untuk ke kelas. Bagi mereka yg tiada payung, kadang2 mereka terpaksa ponteng kelas hanya dek kerana hujan lebat. Bukan tiada rasa syukur dalam diri pelajar, tetapi mereka hanya menginginkan kemudahan serta persekitaran yg kondusif.

Bagi sebuah IPTA yg bertaraf antarabangsa & terkenal sehingga ke ceruk desa, bukan persekitaran seperti ini yang para pelajar inginkan. Bukan sahaja pelajar, para ibubapa juga menyatakan kerisauan terhadap keselamatan anak-anak mereka lebih2 lagi yg memiliki anak perempuan yg sedang menuntut di situ.

Kemudahan untuk bersukan juga tiada. Mujurlah ada gelanggang & tempat riadah di Majlis Perbandaran Nilai yang terletak berdekatan kampus. Kos menyewa gelanggang ditanggung oleh pihak kampus. Namun, keaktifan pelajar yang terlalu kerap menyewa gelanggang menyebabkan pihak kampus menanggung hutang yang banyak.

Gambar hiasan

Maka, 2 buah gelanggang futsal telah pun didirikan oleh pihak kampus bagi kemudahan pelajar. Persoalannya, adakah persekitaran yang dulunya dikatakan tidak kondusif kini menjadi semakin kondusif dengan kewujudan gelanggang tersebut?

Andai ada pihak yang berkenaan membaca artikel ini & merasa terancam atau malu, bukanlah niat penulis untuk membuka aib atau membuka pekung. Penulis hanya ingin menimbulkan rasa berfikir dalam kalangan kita. Disebabkan itulah tajuk artikel ini berbentuk pertanyaan. Maka, wajarlah kita renungkan bersama. Wassalam.

"Berkorbanlah Untuk Kebaikan Generasi Mendatang"

Monday, December 13, 2010

Fiqh Pelajar?


Tepat jam 8.30pagi, Ustaz Hasan mengarahkan kami mengunci pintu kelas. Pembelajaran lantas dimulakan dengan Basmalah.

Selang beberapa minit kemudian, masuk golongan muta'akhirin ke dalam kelas melalui pintu yang dikunci. Kami agak terkejut. Bagaimana pintu yg berkunci masih boleh dibuka? Musykil. Rupanya, pintu tu bermasalah. Dengan hanya menolak, pintu boleh terbuka.

Maka, masuk la golongan2 yg lewat itu ke dalam kelas. Sebahagiannya menunjukkan riak bersalah di wajah, namun sebahagian yg lain ada yg buat 'dont know' je.

"Saya ni orang baik.." kata ustaz sambil tersenyum.

"So, jangan la buat saya berubah" tambah ustaz lagi sambil bibirnya masih mengukir senyuman.

Memang benar. Ustaz Hasan tidak pernah memarahi kami. Beliau lebih suka memberi nasihat. Tinggikan suara pun tak pernah, apatah lagi memarahi kami. Atas sebab inilah saya mengakui memang beliau seorang yg baik.

Saya teringat sewaktu kelas pertama bersamanya dalam subjek fiqh.

"Fiqh ni merangkumi seluruh perbuatan manusia. Makan, minum, kerja, main, dan macam2 lagi. Bila seseorang tu faham feqah, maka akan terpelihara perbuatannya, sebab dia tau dalilnya"


Kini, bila saya melihat perawakan ustaz, saya mengakui kata2 nya dahulu.

Dan pagi, ustaz berpesan lagi kpd kami khususnya golongan2 yg lewat.

"Kalau kamu datang kelas, ustaz dah ada dalam kelas, lebih baik kamu jangan masuk. Baik balik."

Nah..saya tertanya-tanya akan maksud kata2 ustaz. Adakah ustaz tak nak bagi pelajarnya menuntut ilmu? Kenapa beliau suruh balik?

Ustaz cakap, kalau kita masuk kelas lewat, kita akan menyakiti hati guru. Juga hati kawan2 dek kerana terganggu dengan kelewatan kita. Maka, tak elok kita menyakiti hati guru. Hilang keberkatan. Hati kawan2 pun perlu kita jaga. Ustaz kata jika kita menyakiti hati orang walaupun sikit, itu boleh membawa kita ke neraka jika kita tak minta maaf.

Fahamlah saya akan kata2 ustaz tu. Kami dapat belajar ttg fiqh pelajar. Maka, kami sekelas berjanji pada diri sendiri untuk tidak lewat ke kelas. Kami tidak mahu hilang keberkatan.

"Carilah Keberkatan Dalam Menuntut Ilmu"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...