Sunday, June 14, 2009

1 Malaysia & Masalah Umat?

Baru-baru ni ana bersama-sama Haq dan Ustaz Hasrizal pergi ke suatu forum di Seremban. Ustaz Hasrizal dijemput menjadi panel untuk forum tersebut. Antara panel lain yang hadir dalam forum tersebut adalah Cikgu Azmi(Presiden TERAS) dan Saudara Faridzul(Presiden Maaruf Club). Forum tu bertajuk: '1 Malaysia; Apakah Peranan Mahasiswa & Masyarakat'



Salah satu perkara yang dibincangkan adalah berkaitan remaja Malaysia. Cikgu Azmi menerangkan tentang kajian berkaitan kes remaja Islam yang bertukar agama kepada Kristian. Dewasa ini, terdapat remaja-remaja yang menyatakan lebih suka pergi ke gereja berbanding masjid kerana mereka mendapat layanan yang lebih menarik ketika di gereja. Maka, beliau menyarankan agar warga tua lebih 'mesra' iaitu tidak menyisihkan para remaja dalam usaha menarik minat mereka untuk ke masjid dan menghidangkan kuliah-kuliah agama yang mudah masuk dengan jiwa remaja.



Berbicara berkaitan remaja, ana adalah satu cerita benar berkaitan remaja. Sewaktu dalam perjalanan ke forum tersebut, kami berhenti di Hentian Nilai untuk solat Maghrib.

Ana dan Haq bercadang untuk menjamakkan solat Maghrib & Isyak dalam waktu Maghrib. Lalu kami pun menunaikan solat Maghrib dahulu. Ustaz Hasrizal menjadi imam. Usai solat Maghrib, Haq pula menjadi imam untuk solat Isyak secara Qasar kerana Ustaz Hasrizal tidak berniat untuk menjamakkan solat.

Tersebutlah al-kisah, sebelum solat Isyak, Haq menerangkan kepada makmum-makmum di belakang yang dia akan buat solat Isyak Qasar sebanyak 2 rakaat. Makmum-makmum tu nak solat Maghrib (3 rakaat). Makmum pun mengangguk-angguk tetapi terpancar keraguan dan ketidakfahaman pada wajah mereka. Lalu solat dimulakan.

Apabila masuk rakaat kedua, Haq pun menamatkan solat. Tetapi kesemua makmum (remaja dalam 6-7 org) terus sahaja tamatkan solat Maghrib mereka yang hanya 2 rakaat. MasyaAllah..

Lepas tamat solat, mereka baca doa nafsi-nafsi. Belum sempat apa-apa, mereka keluar dan terus hilang dari pandangan.

Dalam kereta kami cerita la kisah tu kat Ust Hasrizal. Beliau kata, itu lah salah satu sebab beliau tidak menjamakkan solat beliau terutama di kawasan awam sebegitu. Kata beliau lagi, beliau pun pernah mengalami pengalaman seperti tu sewaktu belajar dahulu. Bahkan lebih teruk kerana makmumnya orang Pakistan yang hanya tahu berbahasa Urdu. Bagai itik bercakap dengan ayam jadinya.

Kesian remaja Islam sekarang.

Kalau dulu, Presiden Sukarno berkata hanya memerlukan 10 orang sahaja remaja untuk menggegarkan dunia, tetapi sekarang ini wujud ke golongan remaja yang sebegitu?
Wallahua'lam...


Perginya Seorang Pejuang Islam~

Teet teet...

Nada dering handset ana berbunyi menandakan ada mesej masuk. Walaupun sedang memandu, ana ambil juga handset dan membaca mesej.

"FW: ALFATIHAH, Ustaz Dr Fathi Yakan telah kembali kerahmatullah..baru sebentar tadi. Sumber dari Syria."

Inna lillahi wainna ilaihi roji'un..

Terkejut.
Waktu tu, ana baru sahaja mengambil Ust Hasrizal di rumahnya untuk ke suatu forum di Seremban.

Ana pun baca mesej tu kuat-kuat. Haq di sebelah ana dan Ust Hasrizal yang berada di tempat duduk belakang terkejut mendengar berita tersebut. Namun Ust Hasrizal tidak terus percaya. Katanya kena double check semula, takut berita palsu.

Ust Hasrizal pun mengeluarkan gadgetnya lalu melayari internet. Pelbagai website dilayari untuk memastikan kesasihan berita tersebut.

"Haa, betullah berita tu..ada keluar dalam Al Jazeera dah" kata ustaz selang beberapa minit.

Sebelum ana forward mesej, ana edit sikit di hujungnya..

"FW: ALFATIHAH, Ustaz Dr Fathi Yakan telah kembali kerahmatullah..baru sebentar tadi. Sumber dari Syria & Al Jazeera."


Ustaz Dr Fathi Yakan menghembuskan nafas terakhir beliau di Lubnan pada usia 76 tahun.

Sungguh, jasa Ustaz Dr Fathi Yakan dalam gerakan Islam tersangatlah besar. Roh jihad dalam diri beliau telah menjadi contoh ikutan para pejuang yang mencintai Islam, yang menginginkan tertegaknya semula khilafah Islamiyah di muka bumi Allah.

Kini telah hilang seorang lagi tokoh gerakan Islam dari muka bumi ini. Namun tunjuk ajar yang diberikan beliau telah melahirkan ribuan pejuang-pejuang agama malahan bakal melahirkan ramai lagi pejuang dalam kalangan anak muda pada masa hadapan.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan para syuhada'.

'Allah tidak mengangkat ilmu dengan menghilangkan kitab-kitab dan tulisan, tetapi dengan mematikan para ulamak'


Monday, June 8, 2009

Tahniah Sahabatku!

"Sapa orang pertama dalam batch kita yg akan kawen?"

Pertanyaan ni selalu menjadi bualan kami sewaktu di Darul Quran dulu..

Huh, waktu tu majoriti baru berumur 18tahun. Ada juga yg 19tahun. Orang kata, muda sangat-sangat lagi kalau nak fikir pasal kahwin ni.


Tunggu punya tunggu, alhamdulillah akhirnya terjawab jua persoalan ni..

Sahabat tercinta, Amir, kini sudah pun bergelar suami kepada seseorang, Kak Rohaizat.

Ahad 7 Jun 2009 hari tu, ana dan teman2(Firdaus & Farid) meluangkan sedikit masa untuk hadir ke walimah Amir. Perjalanan dari kampus PJ ke rumah zaujah Amir di Klang lebih kurang sejam sahaja dengan kelajuan 130km/j, iaitu melebihi hadlaju yg dibenarkan di Federal Highway.

Nasib baik speed melebihi hadlaju. Itu pun pukul 3.30ptg baru kami sampai di lokasi berlakunya persandingan tersebut. Alhamdulillah..

Setibanya kami di pintu masuk rumah zaujah Amir, kami disambut oleh 'penyambut tetamu tak sengaja' iaitu sahabat2 dari kampus Nilai yg terdiri dari Hamidi, Al Hafiz, Akif, Syahir dan Aizat. Mereka ni yang dulu menyambut kami sebelum sempat tuan rumah menyambut. Bukan apa, kebetulan sewaktu kami sampai, mereka ni baru nak berangkat balik ke Nilai. Mereka betul2 ada kat depan pintu masuk. Alang2, terus jadi penyambut tetamu.Hehe..

Dari kiri: Syafiq, Al Hafiz, Firdaus & Farid.


Disebabkan kami datang pun dah agak lewat, maka pengantin pun dah usai makan beradap. Tapi ana ada la gambar Amir makan bersama zaujah dia.

Romantik sungguh!(gambar dicOpy dr blog Syahir)

Juadah yang disediakan agak menyelerakan. Tapi ana makan dengan hati yang agak tak tenteram.

Kenapa? Tak sabar dah ke?

Bukan apa, ada lagi 3 trip sahabat2 dari kampus PJ yang dalam perjalanan. Ada yang sesat tak tahu jalan.

Lebih kurang pukul 4.30ptg(ujung2 dah ni) baru 1 trip lagi sampai. Trip ni terdiri dari Wan Salah, Fakhri, Farhan, Rahman, dan Amai.

Sementara menunggu lagi 2 trip sampai, kami pergi solat Asar dulu. Habis solat, lagi 2 trip pun sampai. Trip ni ramai sikit orangnya.
Trip ni ada Luqman Nazari, Haq, Syuk, Hafiz Zakaria dll...(ramai sgt nak tulis)

Lama la juga ana kat lokasi tu. Segan je duduk lama-lama. Dekat2 3 jam..ishq3

Sebenarnya, sewaktu pergi ke walimah Amir ni, ana dan Firdaus memang dalam perjalanan ke kampus Nilai untuk berpindah ke sana. Mengapa kami pindah? Lainkali ana akan ceritakan..

Malam tu, lebih kurang pukul 11mlm baru kami menjejakkan kaki ke bumi Nilai. Perjalanan yang penuh kenangan dan likuan.



Kepada sahabatku Amir, semOga berkekalan & sentiasa berbahagia bersama.


SIAPA ORANG KEDUA??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...