Sunday, June 14, 2009

1 Malaysia & Masalah Umat?

Baru-baru ni ana bersama-sama Haq dan Ustaz Hasrizal pergi ke suatu forum di Seremban. Ustaz Hasrizal dijemput menjadi panel untuk forum tersebut. Antara panel lain yang hadir dalam forum tersebut adalah Cikgu Azmi(Presiden TERAS) dan Saudara Faridzul(Presiden Maaruf Club). Forum tu bertajuk: '1 Malaysia; Apakah Peranan Mahasiswa & Masyarakat'



Salah satu perkara yang dibincangkan adalah berkaitan remaja Malaysia. Cikgu Azmi menerangkan tentang kajian berkaitan kes remaja Islam yang bertukar agama kepada Kristian. Dewasa ini, terdapat remaja-remaja yang menyatakan lebih suka pergi ke gereja berbanding masjid kerana mereka mendapat layanan yang lebih menarik ketika di gereja. Maka, beliau menyarankan agar warga tua lebih 'mesra' iaitu tidak menyisihkan para remaja dalam usaha menarik minat mereka untuk ke masjid dan menghidangkan kuliah-kuliah agama yang mudah masuk dengan jiwa remaja.



Berbicara berkaitan remaja, ana adalah satu cerita benar berkaitan remaja. Sewaktu dalam perjalanan ke forum tersebut, kami berhenti di Hentian Nilai untuk solat Maghrib.

Ana dan Haq bercadang untuk menjamakkan solat Maghrib & Isyak dalam waktu Maghrib. Lalu kami pun menunaikan solat Maghrib dahulu. Ustaz Hasrizal menjadi imam. Usai solat Maghrib, Haq pula menjadi imam untuk solat Isyak secara Qasar kerana Ustaz Hasrizal tidak berniat untuk menjamakkan solat.

Tersebutlah al-kisah, sebelum solat Isyak, Haq menerangkan kepada makmum-makmum di belakang yang dia akan buat solat Isyak Qasar sebanyak 2 rakaat. Makmum-makmum tu nak solat Maghrib (3 rakaat). Makmum pun mengangguk-angguk tetapi terpancar keraguan dan ketidakfahaman pada wajah mereka. Lalu solat dimulakan.

Apabila masuk rakaat kedua, Haq pun menamatkan solat. Tetapi kesemua makmum (remaja dalam 6-7 org) terus sahaja tamatkan solat Maghrib mereka yang hanya 2 rakaat. MasyaAllah..

Lepas tamat solat, mereka baca doa nafsi-nafsi. Belum sempat apa-apa, mereka keluar dan terus hilang dari pandangan.

Dalam kereta kami cerita la kisah tu kat Ust Hasrizal. Beliau kata, itu lah salah satu sebab beliau tidak menjamakkan solat beliau terutama di kawasan awam sebegitu. Kata beliau lagi, beliau pun pernah mengalami pengalaman seperti tu sewaktu belajar dahulu. Bahkan lebih teruk kerana makmumnya orang Pakistan yang hanya tahu berbahasa Urdu. Bagai itik bercakap dengan ayam jadinya.

Kesian remaja Islam sekarang.

Kalau dulu, Presiden Sukarno berkata hanya memerlukan 10 orang sahaja remaja untuk menggegarkan dunia, tetapi sekarang ini wujud ke golongan remaja yang sebegitu?
Wallahua'lam...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...