Sunday, June 14, 2009

Perginya Seorang Pejuang Islam~

Teet teet...

Nada dering handset ana berbunyi menandakan ada mesej masuk. Walaupun sedang memandu, ana ambil juga handset dan membaca mesej.

"FW: ALFATIHAH, Ustaz Dr Fathi Yakan telah kembali kerahmatullah..baru sebentar tadi. Sumber dari Syria."

Inna lillahi wainna ilaihi roji'un..

Terkejut.
Waktu tu, ana baru sahaja mengambil Ust Hasrizal di rumahnya untuk ke suatu forum di Seremban.

Ana pun baca mesej tu kuat-kuat. Haq di sebelah ana dan Ust Hasrizal yang berada di tempat duduk belakang terkejut mendengar berita tersebut. Namun Ust Hasrizal tidak terus percaya. Katanya kena double check semula, takut berita palsu.

Ust Hasrizal pun mengeluarkan gadgetnya lalu melayari internet. Pelbagai website dilayari untuk memastikan kesasihan berita tersebut.

"Haa, betullah berita tu..ada keluar dalam Al Jazeera dah" kata ustaz selang beberapa minit.

Sebelum ana forward mesej, ana edit sikit di hujungnya..

"FW: ALFATIHAH, Ustaz Dr Fathi Yakan telah kembali kerahmatullah..baru sebentar tadi. Sumber dari Syria & Al Jazeera."


Ustaz Dr Fathi Yakan menghembuskan nafas terakhir beliau di Lubnan pada usia 76 tahun.

Sungguh, jasa Ustaz Dr Fathi Yakan dalam gerakan Islam tersangatlah besar. Roh jihad dalam diri beliau telah menjadi contoh ikutan para pejuang yang mencintai Islam, yang menginginkan tertegaknya semula khilafah Islamiyah di muka bumi Allah.

Kini telah hilang seorang lagi tokoh gerakan Islam dari muka bumi ini. Namun tunjuk ajar yang diberikan beliau telah melahirkan ribuan pejuang-pejuang agama malahan bakal melahirkan ramai lagi pejuang dalam kalangan anak muda pada masa hadapan.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan para syuhada'.

'Allah tidak mengangkat ilmu dengan menghilangkan kitab-kitab dan tulisan, tetapi dengan mematikan para ulamak'


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...