Friday, January 28, 2011

Tak Puas Hati Pun Agak2 Laa..

Korang emosional?

Marah?

Benci?

Xsuke3 mcm iklan cat?

Dan mcm2 lagi...


Ok, aku pun kadang2 ada jgk marah, termakan hati, patah hati, terseliuh hati kat org lain..tp agak2 camane cara yg elok utk kita luahkan? Cane kita nak setelkan?

Ada yg guna SMS untuk sound/tegur orang yg dia marah, ada yg luahkan kt FB, ada jgk yg pendam mendam tunggu nak meletOp..mane 1 yg korang prefer?
Sume aku x prefer.. (-_-)

Sebab...
Aku lebih prefer untuk berjumpa terus & bwk berbincang mane2 yg tak puas hati..sebab dgn brbincang, kita pun mungkin akan didedah atau diberitahu kat mana yg kita silap..lain jadinya kalau kita guna cara yg aku sebut kat atas tu td..macam kitaaaaaaaa je yang betol kan..

So, kalau korang tak puas hati kat sapa2, jangan lah ngade2 nak luah kat Fb la, itu la, ini la...salurkan dgn cara yg betol..eloknya,jumpa je & cakap kt orang tu. (^_^)

ok.abes~

Tuesday, January 25, 2011

Penapis Air Boleh Memudaratkan

Dipetik dari kosmo online


KUALA LUMPUR - Tahukah anda penggunaan penapis air yang tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan kesihatan penggunanya?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dua tahun lalu mendapati, penapis air boleh menghilangkan klorin sehingga menyebabkan berlaku pembiakan bakteria.

Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya.

"Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.

Monday, January 24, 2011

Kecik --> Besar

Tiba2 je ingat sejarah perjalanan hidup. Haha..dari kecik sampai betol2 besar ni, mcm2 prmintaan yg dibuat kpd Mr Abah & Pn Mama..antaranya..


Beskat ataupun basikal. Masa kecik2 lagi Mr Abah dah belikan. Tapi tak sama la mcm dalam gamba ni. Mula2 belajar naik beskal ni memang susah, tapi bila da pandai, Nenek Bibah sebelah rumah tu selalu je report kt Pn Mama yg aku suka bwk laju3. Jeles ke? huh



Ni area umo sekolah2 rendah la, kira maju la sikit. Paksa Mr Abah beli. Taksub abes kat benda ni. Pagi ptg siang malam dok ngadap. Kalau rosak paksa lak beli yg baru. Time ni tak kenal lagi PS ke, Gameboy ke..console pakai tape bagai,murah gak la banding dgn PS..antara game yg femes spt Mario, Contra dll.. (^_^)



Bila dah besar sikit lg, mula teruja nak bwk motor lak. Motor pakcik2 la yg selalu jadi mangsa eksperimen, da mcm kelas memandu da. Mr Abah pun belikan la 2 motor 2nd hand. Honda EX5. 1 untuk aku, 1 lagi Mr Abah bg kt Tokwan kt kampung. Bagus tol Mr Abah aku ni. Dgn motor tu la aku selalu gi masjid. Cewah!



Sekarang da lagi besar, pandai bwk kereta la pulak dah. Tapi takkan nak mintak kereta kot kat Mr Abah? Family pun bukan nya orang senang sangat pun. Baik aku simpan duit sendiri je la & balas dulu jasa2 Mr Abah & Pn Mama..huhu

Dah Habis~

What? Tak ilmiah?? Sukati la.
(-.-)

Sunday, January 23, 2011

Accident Kecik~

Pernah tak korang terbabit dalam kemalangan kecil sewaktu memandu?

Sekarang ni kan anak2 muda ramai yg sudah pun memiliki lesen memandu. Ramai je lagi yg masih di tahap amatur & belum pernah terbabit dalam accident2 kecik seperti tersondol kereta depan ke, tergesel kereta kt tepi ke, tersalah reverse terkena kereta belakang ke & macam2 lagi la.

Bagi pemandu2 yg baru berkecimpung dlm arena pemanduan ni, tentu ada yg tertanya tanya apa nak buat kalau tiba2 terbabit dlm accident2 kecik tu. Adakah kita kena lari buat2 macam takde pape berlaku? Atau kena menangis bg orang simpati? Alahaii...


Ok. Aku nak kongsi pengalaman sikit. Betol atau tidak tindakan tu kita perlu tgk keadaan jugak la.

1st, bila dah terlanggar kereta orang(yg ada pemandu) atau dilanggar, BAWA BERTENANG & JANGAN PANIK. Ni memang sangat penting.

2nd, BAWA BERBINCANG tentang kerosakan & kos nak repair. Kalau anda dituduh bersalah walaupun bukan anda yg salah, anda perlu membela diri(jika keadaan sesuai). Tapi kalau da memang salah, mengaku je la & pastikan harga supaya korang tak tertipu dengan harga yg diletakkan.

Kalau boleh, tak perlu buat laporan polis pun kalau boleh dibawa brbincang sebab keterlibatan polis dalam accident kecik2 ni melecehkan je. Lain la kalau nak claim insuran ke apa ke. Tapi kalau tak boleh berbincang, terpaksa la report jugak.

Calar+pecah sikit2 xya report la kot..minta bayar je..

3rd, cuba dapatkan contact number orang yg terlibat tu. Senang sikit nak contact nanti untuk buat pembayaran ke.

Satu benda nak dikongsi pasal langgar2 ni. Kalau korang khususnya pompuan yg drive sorang2(laki pun sama gak), hati2 bila kereta kena langgar ke apa ke. Sebab skrang ni langgar2 ni pun da jadi salah satu cara nak wat jenayah.
Mula2 dia buat2 langgar, pastu bila korang keluar kereta, dorang pun mula la wat xtvt2 jenayah dorang tu. So, sama2 kita berhati hati ye. Hati2 memandu, hati2 dengan penjenayah.
(^_^)

Wednesday, January 19, 2011

Jom BerMADU

Best ke berMADU ye?

Bermadu yg aku nak cerita ni bukan bermadu kongsi2 suami, tapi minum madu. Saje je aku nk bagi istilah sendiri kan, belog aku. Riak gila ayat.

ok. Cuba korang jenguk2 org2 yg suka bermadu kat sekeliling korang. Apa pendapat korang ttg dorang tu? Sihat tak? Cerdik tak?

Actually, kita pun da ramai maklum yg madu ni memang banyak sekali khasiatnya. Kalau dengar, tengok, baca iklan pun selalu je cerita pasal madu. Kalau minuman2 kesihatan pun banyak yg campur madu. Minuman sunnah la katakan.

*gambar google

Madu dikatakan mmpunyai bahan antioksidan yg dapat membunuh & mengeluarkan tolsin yg ada di dalam badan manusia yg merupakan penyebab kepada banyak penyakit kronik.

Selain tu madu jugak boleh meningkatkan kecekapan otak kita. Sebab tu kalau orang2 yg menghapal Quran selalu amal minum madu ni.

Ada jugak sorang lelaki yg aku kenal ni, dari muda dia amalkan makan madu. Dia aktif jugak la sukan2 ni. Alhamdulillah, sampai sekarang umur dia da 60 lebih tapi masih pOwer la, takde sakit2 kronik pun, awet muda lagi tu.hehe

Rasa madu pun boleh tahan sedapnya, so tak jadi masalah la kalau kita nak amal kan. Cuma harga la kadang2 ada yg mahal. Tapi kalau korang jumpa yg mahal, kena pastikan madu tu betol2 ori la. Sebab skrang ni ramai orang menipu je. Kadang2 bukan madu ori. Da campur ape2 tah cair semacam je.

Aku pun amal la jugak makan madu ni. Tapi kadang2 bekalan abes tak jugak aku minum (^_^)

Hmm, ape lagi..Jom la kita cuba amalkan..JOM BERMADU! banyak khasiat nye.huhuhu

Monday, January 17, 2011

hai Obat, hai Obat...


Obat..obat..
Mane kau obat..

Di saat kepala rase macam dOnia berpusing-pusing a.k.a pening ni, mula la aku tercarik-carik obat nak makan. Drawer aku selongkar, beg aku punggah tapi tak dapat pun aku menjumpai obat pening. Yang ada segala mcm syiling+plastik terpakai. (-_-)

locker simple dimple yummy la..betapa...

Carik punya carik, tup2 terjumpa la beberapa keping plastik obat beserta obatnya sekali. Ohh, betapa gumbiranya. (^_^)

Aku pun bace la nama obat yg akak klinik tulis, takut la salah makan kan..japgi awak pening pegi makan obat gastrik, ape jadahnya ye tak..tilik punya tilik,erk..apa name obat ni..

Obat IIUM hasil dari RM15 bayar tiap sem utk medical..

Kat plastik obat tu ada tulis 'norgesic' & ada yg tulis 'pred'...terkesima+terkedu sebentar..
Obat ape ni ek..dulu pernah la gak belajar bio & belajar la sket2 nama2 obat ni.. Tapi yang ni macam tak pernah dengar lak..tak pun aku yg da lupa.. (-_-)

Tapi pernah time kat rumah, aku check2 plastik obat dari klinik kerajaan area situ pun takde tulis obat ape..akak klinik tu briefing pasal obat time kat klinik tu je..kalau atok nenek yg kena kompem ada yg salah makan obat kang, tak pasal je..ke dah jadi hobi akak2 klinik tak tulis obat tu obat ape..

Pernah jugak satu hari tu abang aku pegi balik kat farmasi semata2 nak tanya pasal obat kat akak farmasi tu (td akak klinik :-D)..hailaaa..

Sambung balik..disebabkan aku lupa tu obat ape + tak berani nak makan, maka aku pun pegi je kedai beli panadol..mula2 nak gak carik panadol utk budak kecik tu, sedap sket rase nye, tapi tak jumpa lak..hehe..last2 makan panadol aktiPas je la..huhu

Kesimpulan, jangan simpan obat lame2 sangat..tulis sndiri nama obat tu kalu akak farmasi kurang rajin nak tuliskan (^_^)..and teringat lak jemaah tabligh pun selalu pesan: "Obat tu asbab je, yg memberi sihat itu adalah Allah.." (-_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...