Showing posts with label saje2. Show all posts
Showing posts with label saje2. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Gong Xi Fa Cai

Masa Tahun Baru Cina hari tu, sy ke rumah kenalan abah di Teluk Intan. Berbangsa tiong hua.
Kee namanya. Sebenarnya Kee ni tukang jahit (tailor). Abah memang suka sangat tempah baju kt Kee ni. Jahitannya kemas kata abah. Sebab tu tak kisah kerap ke Teluk Intan untuk tempah baju.
Yg penting puas hati katanya.

Perjalanan yg biasanya memakan masa lebih kurang 2jam menjadi 3jam hari tu. Sebab apa?
Tahun Baru Cina, bukan kaum Cina je yg beraya. Semua bangsa penuh kat jalan raya. Barulah 1Malaysia kan. Ahha..

*********************************************
Saya: Gong Xi Fa Cai
Uncle Kee: Ya, thank you. Masuk2, kita minum dulu. Ini kan raya, mari makan kuih raya.

*********************************************

Bila dah berada dalam rumah Kee tu, sy mula ligat berfikir. "Apa yg bakal
dihidangkan ni?" bisik sy dalam hati. Maklumlah, jarang benar ke rumah mereka
yg berlainan agama ni. Jd mula la terfikir tentang makanan dan minuman yg bakal dihidangkan.
Halal ke tidak. Haa..

Agak2 apa yg dihidangkan? Air 100 Plus! Hehe, simple kan?
Makanan pula dihidangkan kerepek2 biasa. Boleh jumpa dijual di pasaran.
Walaupun berlainan agama, tapi Kee ni tahu bahawa orang Islam tak boleh makan sebarang2.
Sebab tu dia hidang makanan & minuman segera je..

*********************************************

Dalam kehidupan seharian, macam2 jenis makanan yg masuk perut kita kan?
Biasanya kita akan sibuk cari yg halal. Bila ke restoran, kita akan pastikan ada sijil halal ke tak.
Takut la kalau2 termakan yg tak halal, kelak bagi kesan yg tak elok pula kan.

Tunggu!
Kita kena cari yg halal saja ke? Asal halal je boleh belaka?
Haa, apa cer dgn ayat ni?



Sebenarnya dalam bab makan, kita bukan saja kena cari yg halal.
Bahkan makanan tu mestilah halal + baik.
Maksudnya, halal dan memberi kebaikan kpd kita dr segi kesihatan terutamanya.
Maka, jgn asyik fokus pd halal semata tapi bab 'baik' kita tak ambil kisah
Berat nanang kata org. Hehe

**************************************

Alkisahnya bila beraya di Tahun Baru Cina ni, dapatlah angpau.
Rezeki org bujang.




 Bagi kaum tiong hua, seseorang yg belum berumahtangga
berhak dapat angpau. Mujur belum kahwin. (ye ke mujur? :p )


"Anda Adalah Apa Yg Anda Makan"



Wednesday, February 6, 2013

Hujan...


Oh hujan yang turun membasahi bumi,
Rahmat dari Ilahi..
Oh awan yang menangis tandanya kesyukuran,
Di atas nikmat Tuhan..

Alhamdulillah..bumi UIAM dibasahi lagi petang ni. Sejuk. Damai. Tenang.



Jangan lupa baca doa hujan ya rakan-rakan.


Di waktu turunnya hujan juga merupakan antara waktu-waktu yang mustajab untuk kita berdoa. Apa lagi. Jangan sia-siakan.

" Jom berdoa! Mudah-mudahan diperkenankan olehNya"


Friday, January 28, 2011

Tak Puas Hati Pun Agak2 Laa..

Korang emosional?

Marah?

Benci?

Xsuke3 mcm iklan cat?

Dan mcm2 lagi...


Ok, aku pun kadang2 ada jgk marah, termakan hati, patah hati, terseliuh hati kat org lain..tp agak2 camane cara yg elok utk kita luahkan? Cane kita nak setelkan?

Ada yg guna SMS untuk sound/tegur orang yg dia marah, ada yg luahkan kt FB, ada jgk yg pendam mendam tunggu nak meletOp..mane 1 yg korang prefer?
Sume aku x prefer.. (-_-)

Sebab...
Aku lebih prefer untuk berjumpa terus & bwk berbincang mane2 yg tak puas hati..sebab dgn brbincang, kita pun mungkin akan didedah atau diberitahu kat mana yg kita silap..lain jadinya kalau kita guna cara yg aku sebut kat atas tu td..macam kitaaaaaaaa je yang betol kan..

So, kalau korang tak puas hati kat sapa2, jangan lah ngade2 nak luah kat Fb la, itu la, ini la...salurkan dgn cara yg betol..eloknya,jumpa je & cakap kt orang tu. (^_^)

ok.abes~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...