Tuesday, February 19, 2013

"Better Late Than Never"..Alasan vs Motivasi


Better late than never. 




Acapkali kita dengar pepatah ni kan? Tafsirannya memberi makna bahawa kehadiran walaupun lewat tetapi itu adalah lebih baik dari langsung tidak hadir. Saya cukup setuju.

Rakan pembaca sekalian, tahu tak apa yang tersirat di sebalik pepatah ni? Kewujudan pepatah 'Better late than never' sebenarnya tersirat satu bentuk motivasi kpd manusia. Sama juga seperti ribuan pepatah yg wujud. Hampir semuanya mempunyai nilai yg boleh kita ambil.




'Better late than never' adalah satu motivasi kpd kita bahawa terlambat itu bukanlah penyudah kpd sesuatu. Terlewat bukan bermakna anda harus berputus asa. Anda harus teruskan usaha hingga ke akhirnya.

Secara logiknya, memang benarlah bahawa walaupun anda lewat tetapi anda tetap akan beroleh manfaat disebabkan kehadiran anda bukan? Itu dah tentu jauh lebih baik dari langsung tidak hadir sebab mereka yang tak hadir tentunya tidak beroleh apa2.

Lain pula jadinya bg sesetengah org. Pepatah ni dijadikan alasan bg kelewatan. Sengaja hadir lewat dan kemudiannya berhujah 'Better late than never'. Kononnya kukuh benar hujah begitu.

Maka rakan pembaca sekalian, jgn lah pepatah ni disalahgunakan. Pepatah ni benar, tapi bukan utk membenarkan kesalahan yg sengaja kita cipta. Ingatlah, 'Better late than never' bukan alasan atas kelewatan yg dirancang. 


 Ingat, terlewat bukan noktah bg usaha anda!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...