Friday, February 22, 2013

Gong Xi Fa Cai

Masa Tahun Baru Cina hari tu, sy ke rumah kenalan abah di Teluk Intan. Berbangsa tiong hua.
Kee namanya. Sebenarnya Kee ni tukang jahit (tailor). Abah memang suka sangat tempah baju kt Kee ni. Jahitannya kemas kata abah. Sebab tu tak kisah kerap ke Teluk Intan untuk tempah baju.
Yg penting puas hati katanya.

Perjalanan yg biasanya memakan masa lebih kurang 2jam menjadi 3jam hari tu. Sebab apa?
Tahun Baru Cina, bukan kaum Cina je yg beraya. Semua bangsa penuh kat jalan raya. Barulah 1Malaysia kan. Ahha..

*********************************************
Saya: Gong Xi Fa Cai
Uncle Kee: Ya, thank you. Masuk2, kita minum dulu. Ini kan raya, mari makan kuih raya.

*********************************************

Bila dah berada dalam rumah Kee tu, sy mula ligat berfikir. "Apa yg bakal
dihidangkan ni?" bisik sy dalam hati. Maklumlah, jarang benar ke rumah mereka
yg berlainan agama ni. Jd mula la terfikir tentang makanan dan minuman yg bakal dihidangkan.
Halal ke tidak. Haa..

Agak2 apa yg dihidangkan? Air 100 Plus! Hehe, simple kan?
Makanan pula dihidangkan kerepek2 biasa. Boleh jumpa dijual di pasaran.
Walaupun berlainan agama, tapi Kee ni tahu bahawa orang Islam tak boleh makan sebarang2.
Sebab tu dia hidang makanan & minuman segera je..

*********************************************

Dalam kehidupan seharian, macam2 jenis makanan yg masuk perut kita kan?
Biasanya kita akan sibuk cari yg halal. Bila ke restoran, kita akan pastikan ada sijil halal ke tak.
Takut la kalau2 termakan yg tak halal, kelak bagi kesan yg tak elok pula kan.

Tunggu!
Kita kena cari yg halal saja ke? Asal halal je boleh belaka?
Haa, apa cer dgn ayat ni?



Sebenarnya dalam bab makan, kita bukan saja kena cari yg halal.
Bahkan makanan tu mestilah halal + baik.
Maksudnya, halal dan memberi kebaikan kpd kita dr segi kesihatan terutamanya.
Maka, jgn asyik fokus pd halal semata tapi bab 'baik' kita tak ambil kisah
Berat nanang kata org. Hehe

**************************************

Alkisahnya bila beraya di Tahun Baru Cina ni, dapatlah angpau.
Rezeki org bujang.




 Bagi kaum tiong hua, seseorang yg belum berumahtangga
berhak dapat angpau. Mujur belum kahwin. (ye ke mujur? :p )


"Anda Adalah Apa Yg Anda Makan"



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...