Wednesday, March 11, 2009

Cerita Polis

video

Kaki pukul yang berprofesyen.

Sayang abang polis, sayang abang FRU.. ^_^

Monday, March 9, 2009

Info Rabi'ul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1.Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.

2.Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3.Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4.Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5.Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6.Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7.Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8.Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9.Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

dipetik dari al-azim.com

Sunday, March 8, 2009

Kangan Sama Saljuk



zikroyat brsama 'Saljuk' di tangki air Darul Quran.
Berdiri dr kiri: Haq, Aiman, Fifau, Abg Zed
Tengah: Penulis
Depan dr kiri: Syahmi, Firdaus, Taqim.




Ah, kangan bangat sama adik beradik Saljuk.

Bila la yang kat oversea tu nak balik ni..??

Syahmi kat Jordan, Fifau kat Egypt, abg Zed kat Yaman..cepat la balikkk, nak jumpa..

Memang sedih masa berpisah dulu..



Aik?? Sekarang dah tak sedih ke maknanya..??

Memang lah..!! Dah tak sedih dah pun..tapi riiiiindu sangat sangat.


Walaupun berpisah, berada nun jauh di negara orang, jauh dari pandangan mata, tapi harap2 hati kami sering dan sentiasa bersama..

Bertemunya kami kerana-Nya dan berpisah jua kerana-Nya..

Perginya Syahmi, Abg Zed, dan Fifau ke negara orang dan berpisahnya kami semua, bertebaran di muka bumi Allah ni untuk menuntut ilmu..



Sabda Nabi dalam Hadith Sohih:
"Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim"


Sabda Rasulullah s.a.w lagi dalam sebuah riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah (r.a), bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

�Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari Kiamat (di padang Mahsyar), di mana tidak ada naungan melainkan naungan Allah :-

1.Pemerintah yang adil.

2.Seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid.

3.Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

4.Remaja yang membentuk dirinya untuk beribadat kepada Allah.

5.Seorang lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang rupawan, hartawan dan mempunyai kedudukan, lalu dia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah (atau sebaliknya).

6.Seorang yang mendermakan dengan tangan kanannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui (kerana ikhlas).

7.Seseorang itu yang mengingati Allah (dengan mengenangkan segala dosa yang dibuat) hingga mengalirkan air mata (kerana takut kepada Allah)� - Hadis Sohih.




Sengaja ana meng'bold'kan nombor 3....kenapa??

Ya, moga moga kami tergolong dalam golongan ketiga, golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak..ameen..

Kesimpulannya, kesedihan dek kerana perpisahan kami ni pasti terubat tatkala teringat akan sabda Rasulullah..tapi kerinduan di hati ni perit kutahan Jebat.. ^_^

Tuesday, March 3, 2009

Hidup = Tutorial

Hidup ni ibarat Tutorial(homework) kan sahabat-sahabat??

Tak kisah lah tuto physics ke, tuto chem ke, tuto math ke..
Ye ke? Apa buktinya..??

Hmm, ni ada 1 analogi.. tentang Farouq dan Faiz..



Pada suatu hari, Farouq dan Faiz mendapat Tutorial dari lecturer mereka.

Seperti biasa, lecturer tak bagitau bila kena hantar tuto tu (lecturer ala ala garang sikit).
.
Walaupun tak tau bila kena hantar, Farouq terus je menyiapkan tuto dia

secepat mungkin @ ASAP.

.

Tapi, yang si Faiz ni pulak, asyik tangguh-tangguh nak buat tuto.

.

Asyik main je. Tak buat tuto, tak study.

Hari-hari terus berlalu dengan penuh likuan serta onak duri =)


Tiba-tiba, muncul la hari lecturer nak kutip tuto..

Tika saat itulah si Faiz ni mula kelam kabut nk siapkan tuto dia yang bertangguh tu.

Nasib tak menyebelahi Faiz..dia pun hantar la tuto yang baru buat sikit sikit tu.

Farouq pulak tenang je hantar tuto dia.

.

Dipendekkan cerita, tuto Farouq dapat 10 markah, Faiz pulak dapat 2 markah je.







Hmm, macam tu juga lah hidup kita kat dunia ni...


Allah bagi nyawa kat kita, suruh beribadah & beramal sebanyak mungkin,

dan tak bagitau bila nyawa kita ni nak kena ambik..


Kalau hidup kita ibarat tuto Faiz, Alhamdulillah..tapi kena ready awal-awal.

Kalau ibarat Farouq, bertangguh, Na'udzubillah..takut tak sempat

nak 'score' kat dunia..


So, sahabat-sahabat, siapkan la tuto seASAP boleh..

Beribadah & beramal pun sebanyak mungkin..

Fikir fikirkan dan selamat berfikir..

Beramal juga....

Monday, March 2, 2009

Teladan Dari Sang Lebah

"Aduh..tak guna punya lebah, tak padan dengan kecik" Saiful
memaki dan menyumpah seranah Sang Lebah selepas terkena
beberapa das sengatan.

"Eh Pul, tak baik kau cakap macam tu..sekecil-kecil lebah tu pun,

dia tetap makhluk Allah yang berguna.."

"Berguna?? Eh, ada apa dengan lebah..?? Hanya tahu menyengat orang.."

"Sebenarnya, banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari

kehidupan seekor lebah..Pernah tak kau dengar tentang 4 ilmu lebah?"

"Tak pernah"

"Haa, cuba baca artikel ni.."





'4 Ilmu Lebah'



(1) Ilmu lebah yang pertama..
'Makan makanan yang halal lagi baik'
Sangatlah bertepatan dengan firman Allah:

"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang diberikan Allah kepada kamu"
(Al-Nahl :114)

Lebah makan apa?
-Pati bunga.

Halal ke pati bunga?
-Ya sudah tentu halal.

Tetapi apa kebaikan pati bunga tu?
-Bagi manusia memang tak nampak kebaikan pati bunga tapi
bagi lebah, pati bunga adalah makanan yang sangat berkhasiat.




(2) Ilmu lebah yang kedua..
'Memberi manfaat pada manusia'
Firman Allah:

"Dari perut lebah itu keluar minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang dapat menyembuhkan bagi manusia"
(An-Nahl :69)

Umum dah mengetahui bahawa dari pati bunga yang dimakan, lebah akan
hasilkan madu yang mana sungguh bermanfaat bagi manusia.

Jangan anda lupa, minum madu juga adalah salah satu dari sunnah Rasulullah S.A.W.



(3) Ilmu lebah yang ketiga..
'Tidak mengganggu orang lain'

Walaupun lebah mempunyai sengat yang berbisa, namun lebah
tidak sekali-kali akan menyengat ataupun mengganggu manusia
tanpa sebab (melainkan manusia sendiri yg terpijak^_^).


Lebah sibuk membuat kerja seharian iaitu makan pati bunga dan
mengumpul madu di sarangnya. Tidak ganggu manusia.

Lebah bukan sombong..!! Tetapi sibuk...



(4) Ilmu lebah yang keempat..
'Musuh tak dicari,bila ada musuh,tak akan lari'

Ya, pernah tak anda cuba mengganggu lebah? Adakah lebah
akan lari? Pasti tidak.


Bahkan lebah akan menyerang anda kembali dalam usaha
mempertahankan diri.

Hmm, kita pun janganlah mencari musuh, asyik nak gaduh je.
Tapi, jangan pula lari bila musuh datang kacau kita, kacau agama kita.

Jadilah macam lebah, nampak je kecik, tapi ada kekuatan yang
tersembunyi iaitu bisa.

Kita pun ada kekuatan tersembunyi. Apa? Sama-sama kita fikirkan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...