Tuesday, December 14, 2010

(GEMPAR) CFS IIUM Nilai semakin kondusif?


Benarkah CFS IIUM Nilai semakin kondusif?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif ialah sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu.

Kalau dulu, para pelajar sibuk menyatakan persekitaran CFS ini tidak kondusif. Kebanyakannya berhujah dengan bukti2 yang memang jelas.

Persekitaran kampus yang terbuka memberi impak yg kurang elok kepada pelajar yg membawa imej pelajar Islam. Para pelajar sangat terdedah kepada ancaman budaya tercemar kerana ruang untuk mereka bergerak bebas terbuka luas. Tambahan pula, persekitaran yang tidak berpagar memudahkan percampuran antara pelajar dengan orang awam.

Antara isu yang paling hangat timbul dalam kalangan pelajar adalah berkaitan pembinaan 'laluan berbumbung' dari bangunan asrama menuju ke bangunan kelas. Jika hari hujan lebat, para pelajar terpaksa meredah hujan untuk ke kelas. Bagi mereka yg tiada payung, kadang2 mereka terpaksa ponteng kelas hanya dek kerana hujan lebat. Bukan tiada rasa syukur dalam diri pelajar, tetapi mereka hanya menginginkan kemudahan serta persekitaran yg kondusif.

Bagi sebuah IPTA yg bertaraf antarabangsa & terkenal sehingga ke ceruk desa, bukan persekitaran seperti ini yang para pelajar inginkan. Bukan sahaja pelajar, para ibubapa juga menyatakan kerisauan terhadap keselamatan anak-anak mereka lebih2 lagi yg memiliki anak perempuan yg sedang menuntut di situ.

Kemudahan untuk bersukan juga tiada. Mujurlah ada gelanggang & tempat riadah di Majlis Perbandaran Nilai yang terletak berdekatan kampus. Kos menyewa gelanggang ditanggung oleh pihak kampus. Namun, keaktifan pelajar yang terlalu kerap menyewa gelanggang menyebabkan pihak kampus menanggung hutang yang banyak.

Gambar hiasan

Maka, 2 buah gelanggang futsal telah pun didirikan oleh pihak kampus bagi kemudahan pelajar. Persoalannya, adakah persekitaran yang dulunya dikatakan tidak kondusif kini menjadi semakin kondusif dengan kewujudan gelanggang tersebut?

Andai ada pihak yang berkenaan membaca artikel ini & merasa terancam atau malu, bukanlah niat penulis untuk membuka aib atau membuka pekung. Penulis hanya ingin menimbulkan rasa berfikir dalam kalangan kita. Disebabkan itulah tajuk artikel ini berbentuk pertanyaan. Maka, wajarlah kita renungkan bersama. Wassalam.

"Berkorbanlah Untuk Kebaikan Generasi Mendatang"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...