Sunday, December 12, 2010

Kau Lesu!!! Kau lesu!!!




Seorang sahabat mendekati saya dan menegur.

"Sheikh, enta pegi tak demo bantah kenaikan harga minyak semalam?"

"Tak"

"Enta ni..mahasiswa lesu la"



Tersentap saya dilabel 'mahasiswa lesu'. Saya pun menjawab tenang.

"Oo, cane enta tau ana lesu? Enta memang hebat la. Kasyaf ye. Tapi, kalau macam tu, enta pun mahasiswa lesu juga, sebab ana tak nampak pun enta join demo bantah konsert Adam Lambert aritu."

Sahabat tu tersenyum lantas berkata,

"Ana ada hal masa tu. Takpe la, ana gurau je"

----------------------------------------------------------------------------------------

Erk..sahabat2, betol ke kalau kita tak pegi demo kita ni dikira mahasiswa lesu? Kelesuan mahasiswa diukur pada kehadiran demo ke?

Hmm,cuba bayangkan. Kalau dalam satu organisasi tu ada 50 orang ahli, perlu ke kesemua 50 ahli tu turun berdemo? Kalau tak pergi, mereka ni bersalah ke? Mungkin ada yang berkata perlu, dan mungkin ada yang berkata tidak. Semuanya bergantung kepada keadaan.

Keadaan apa? (soalan yg bgus :-D) Yeala, kita perlu tengok keadaan masa tu. Adakah demo tu memerlukan sangat kehadiran ahli yang ramai atau tidak? Juga perlu melihat keadaan diri ahli. Mungkin ada sebilangan ahli yang mempunyai hal2 lain yg penting.

Tapi, mengapa perlu sahabat yang berjaya sampai ke tempat kejadian tu memperlekeh & melabel saya dengan label 'mahasiswa lesu'? Adakah dia nak berbangga dengan pengalaman dia dapat join demo? Hehe..

Bukan saya nak membebel, tapi dalam kita berorganisasi, kita hendaklah saling percaya mempercayai & bersangka baik sesama sendiri. Jika tidak, akan berlaku la kejadian hati terluka, hati tersentuh, hati tersentap, makan hati, minum hati dan macam2 hati lagi.

Lagi, kita kena la bahagi2 kan tugas & amanah secara tersusun. Sebahagian dapat arahan ini, sebahagian yang lain dapat arahan itu. Bukannya semua kena buat kerja yang sama. Skill dalam human resources management sangat penting dalam menguruskan hal2 sebegini. Barulah terasa adil. Masing2 ada tugas masing2.

Dan lagi, seingat saya la, Dr Fadzilah Kamsah pernah berkata, lebih kurang begini la bunyinya:

"Kalau kita nak kritik/tegur seseorang, ye, kita kena mulakan dengan puji dia dulu..ye..kita puji dia dalam 2 3 kali, baru kita kritik dia..ye..baru diri dia neutral untuk terima..ye." (yeaaaaa Dr...hehe..)

So, jangan la sesedap mulut kita je nak tuduh orang, atau kritik pedas2 kt orang lain. Kita puji dia dulu. Agak2 megi da kembang tu baru la kritik. Huhu

Ok. Saya tandus idea. Jari pun tak tau nak taip apa sebab otak tak bg arahan. Sampai sini je la. Babai. :-P

*Ini bukan luahan emosi kerana drama di atas hanya fantasi.Hehehe..

"Studeeeeeeeeennnt...POWER!!!"




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...