Monday, December 13, 2010

Fiqh Pelajar?


Tepat jam 8.30pagi, Ustaz Hasan mengarahkan kami mengunci pintu kelas. Pembelajaran lantas dimulakan dengan Basmalah.

Selang beberapa minit kemudian, masuk golongan muta'akhirin ke dalam kelas melalui pintu yang dikunci. Kami agak terkejut. Bagaimana pintu yg berkunci masih boleh dibuka? Musykil. Rupanya, pintu tu bermasalah. Dengan hanya menolak, pintu boleh terbuka.

Maka, masuk la golongan2 yg lewat itu ke dalam kelas. Sebahagiannya menunjukkan riak bersalah di wajah, namun sebahagian yg lain ada yg buat 'dont know' je.

"Saya ni orang baik.." kata ustaz sambil tersenyum.

"So, jangan la buat saya berubah" tambah ustaz lagi sambil bibirnya masih mengukir senyuman.

Memang benar. Ustaz Hasan tidak pernah memarahi kami. Beliau lebih suka memberi nasihat. Tinggikan suara pun tak pernah, apatah lagi memarahi kami. Atas sebab inilah saya mengakui memang beliau seorang yg baik.

Saya teringat sewaktu kelas pertama bersamanya dalam subjek fiqh.

"Fiqh ni merangkumi seluruh perbuatan manusia. Makan, minum, kerja, main, dan macam2 lagi. Bila seseorang tu faham feqah, maka akan terpelihara perbuatannya, sebab dia tau dalilnya"


Kini, bila saya melihat perawakan ustaz, saya mengakui kata2 nya dahulu.

Dan pagi, ustaz berpesan lagi kpd kami khususnya golongan2 yg lewat.

"Kalau kamu datang kelas, ustaz dah ada dalam kelas, lebih baik kamu jangan masuk. Baik balik."

Nah..saya tertanya-tanya akan maksud kata2 ustaz. Adakah ustaz tak nak bagi pelajarnya menuntut ilmu? Kenapa beliau suruh balik?

Ustaz cakap, kalau kita masuk kelas lewat, kita akan menyakiti hati guru. Juga hati kawan2 dek kerana terganggu dengan kelewatan kita. Maka, tak elok kita menyakiti hati guru. Hilang keberkatan. Hati kawan2 pun perlu kita jaga. Ustaz kata jika kita menyakiti hati orang walaupun sikit, itu boleh membawa kita ke neraka jika kita tak minta maaf.

Fahamlah saya akan kata2 ustaz tu. Kami dapat belajar ttg fiqh pelajar. Maka, kami sekelas berjanji pada diri sendiri untuk tidak lewat ke kelas. Kami tidak mahu hilang keberkatan.

"Carilah Keberkatan Dalam Menuntut Ilmu"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...