Saturday, December 11, 2010

Taknak Derma..Cane ek??


Once upon a time, Kasmadiwardono (seorang pelajar di sebuah IPTA terkenal) berjalan2 la sambil mata dia ni liar je memerhati keindahan ciptaan Allah. Niatnya untuk ambil angin & ke kedai berhampiran untuk membeli belah pape yg patut. Jalan punya jalan, tiba2 dari kejauhan dia ternampak la sorang manusia berjubah putih & berjanggut sambil memegang sebuah fail kt tangan.

Makanya, terdetik la dalam hati Kasmadiwardono ni.

"Aiseh, ni kompom nak mintak derma ni."

Lalu, Kasmadiwardono ni pun bertembung la dengan lelaki berjubah tu tadi.

Memang tepat telahan Kasmadi ni, lelaki tu memang nak minta derma. Derma tu untuk sebuah madrasah tahfiz yg terletak di Pakistan.

Baru je lelaki tu nak bukak fail & mulakan bicara, Kasmadi terus je selamba radak brkata,

"No, no..I dont have money"

Papp...Kasmadi telah pun menipu pada lelaki itu. Lelaki tu tak mampu berkata ape2 melainkan menutup kembali failnya & berlalu ke tempat lain..

Maka, Kasmadi pun meneruskan perjalanan ke kedai. Shopping punya shopping, Kasmadi pun nak bayar. Tiba2.....Kasmadi dapati beg duit dia dah hilang. Cari punya cari, tak jgk jumpa. Maka, kata2 Kasmadi kpd Pakistan tadi bahawa dia takde duit telah pun termakbul.

--------------------------------------------------------------------------------
Haa..jom kita dengar apa kata Kasmadi tentang penipuannya.

Kasmadi cakap dia terpaksa menipu lelaki tersebut. Dia kata dia memang taknak bagi derma kat orang Pakistan tadi sebab dia tak yakin yang orang Pakistan tu bercakap benar. Mungkin orang Pakistan tu hanya sindiket.

So..betul ke orang Pakistan tu sindiket?? Kalau orang tu betul2 kutip derma untuk madrasah cane??

Lagipun, sama ada orang tu sindiket atau tidak, tu bukan persoalan. Persoalannya, adakah hati kita ada niat nak menderma kepada yg memerlukan?

Kalau la kita taknak bagi derma pada seseorang, maka TOLAKLAH DENGAN CARA BAIK. JANGAN MENIPU. JANGAN MENYAKITI HATI ORANG YANG MEMINTA DERMA.

Renung2 kan & selamat beramal & selamat menyebarkan =)

"Bayangkan Kalau Kita Sendiri Berada
Pada Kedudukan Orang Pakistan Tu..Cane?"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...