Monday, December 13, 2010

Fiqh Pelajar?


Tepat jam 8.30pagi, Ustaz Hasan mengarahkan kami mengunci pintu kelas. Pembelajaran lantas dimulakan dengan Basmalah.

Selang beberapa minit kemudian, masuk golongan muta'akhirin ke dalam kelas melalui pintu yang dikunci. Kami agak terkejut. Bagaimana pintu yg berkunci masih boleh dibuka? Musykil. Rupanya, pintu tu bermasalah. Dengan hanya menolak, pintu boleh terbuka.

Maka, masuk la golongan2 yg lewat itu ke dalam kelas. Sebahagiannya menunjukkan riak bersalah di wajah, namun sebahagian yg lain ada yg buat 'dont know' je.

"Saya ni orang baik.." kata ustaz sambil tersenyum.

"So, jangan la buat saya berubah" tambah ustaz lagi sambil bibirnya masih mengukir senyuman.

Memang benar. Ustaz Hasan tidak pernah memarahi kami. Beliau lebih suka memberi nasihat. Tinggikan suara pun tak pernah, apatah lagi memarahi kami. Atas sebab inilah saya mengakui memang beliau seorang yg baik.

Saya teringat sewaktu kelas pertama bersamanya dalam subjek fiqh.

"Fiqh ni merangkumi seluruh perbuatan manusia. Makan, minum, kerja, main, dan macam2 lagi. Bila seseorang tu faham feqah, maka akan terpelihara perbuatannya, sebab dia tau dalilnya"


Kini, bila saya melihat perawakan ustaz, saya mengakui kata2 nya dahulu.

Dan pagi, ustaz berpesan lagi kpd kami khususnya golongan2 yg lewat.

"Kalau kamu datang kelas, ustaz dah ada dalam kelas, lebih baik kamu jangan masuk. Baik balik."

Nah..saya tertanya-tanya akan maksud kata2 ustaz. Adakah ustaz tak nak bagi pelajarnya menuntut ilmu? Kenapa beliau suruh balik?

Ustaz cakap, kalau kita masuk kelas lewat, kita akan menyakiti hati guru. Juga hati kawan2 dek kerana terganggu dengan kelewatan kita. Maka, tak elok kita menyakiti hati guru. Hilang keberkatan. Hati kawan2 pun perlu kita jaga. Ustaz kata jika kita menyakiti hati orang walaupun sikit, itu boleh membawa kita ke neraka jika kita tak minta maaf.

Fahamlah saya akan kata2 ustaz tu. Kami dapat belajar ttg fiqh pelajar. Maka, kami sekelas berjanji pada diri sendiri untuk tidak lewat ke kelas. Kami tidak mahu hilang keberkatan.

"Carilah Keberkatan Dalam Menuntut Ilmu"

Sunday, December 12, 2010

Kau Lesu!!! Kau lesu!!!




Seorang sahabat mendekati saya dan menegur.

"Sheikh, enta pegi tak demo bantah kenaikan harga minyak semalam?"

"Tak"

"Enta ni..mahasiswa lesu la"



Tersentap saya dilabel 'mahasiswa lesu'. Saya pun menjawab tenang.

"Oo, cane enta tau ana lesu? Enta memang hebat la. Kasyaf ye. Tapi, kalau macam tu, enta pun mahasiswa lesu juga, sebab ana tak nampak pun enta join demo bantah konsert Adam Lambert aritu."

Sahabat tu tersenyum lantas berkata,

"Ana ada hal masa tu. Takpe la, ana gurau je"

----------------------------------------------------------------------------------------

Erk..sahabat2, betol ke kalau kita tak pegi demo kita ni dikira mahasiswa lesu? Kelesuan mahasiswa diukur pada kehadiran demo ke?

Hmm,cuba bayangkan. Kalau dalam satu organisasi tu ada 50 orang ahli, perlu ke kesemua 50 ahli tu turun berdemo? Kalau tak pergi, mereka ni bersalah ke? Mungkin ada yang berkata perlu, dan mungkin ada yang berkata tidak. Semuanya bergantung kepada keadaan.

Keadaan apa? (soalan yg bgus :-D) Yeala, kita perlu tengok keadaan masa tu. Adakah demo tu memerlukan sangat kehadiran ahli yang ramai atau tidak? Juga perlu melihat keadaan diri ahli. Mungkin ada sebilangan ahli yang mempunyai hal2 lain yg penting.

Tapi, mengapa perlu sahabat yang berjaya sampai ke tempat kejadian tu memperlekeh & melabel saya dengan label 'mahasiswa lesu'? Adakah dia nak berbangga dengan pengalaman dia dapat join demo? Hehe..

Bukan saya nak membebel, tapi dalam kita berorganisasi, kita hendaklah saling percaya mempercayai & bersangka baik sesama sendiri. Jika tidak, akan berlaku la kejadian hati terluka, hati tersentuh, hati tersentap, makan hati, minum hati dan macam2 hati lagi.

Lagi, kita kena la bahagi2 kan tugas & amanah secara tersusun. Sebahagian dapat arahan ini, sebahagian yang lain dapat arahan itu. Bukannya semua kena buat kerja yang sama. Skill dalam human resources management sangat penting dalam menguruskan hal2 sebegini. Barulah terasa adil. Masing2 ada tugas masing2.

Dan lagi, seingat saya la, Dr Fadzilah Kamsah pernah berkata, lebih kurang begini la bunyinya:

"Kalau kita nak kritik/tegur seseorang, ye, kita kena mulakan dengan puji dia dulu..ye..kita puji dia dalam 2 3 kali, baru kita kritik dia..ye..baru diri dia neutral untuk terima..ye." (yeaaaaa Dr...hehe..)

So, jangan la sesedap mulut kita je nak tuduh orang, atau kritik pedas2 kt orang lain. Kita puji dia dulu. Agak2 megi da kembang tu baru la kritik. Huhu

Ok. Saya tandus idea. Jari pun tak tau nak taip apa sebab otak tak bg arahan. Sampai sini je la. Babai. :-P

*Ini bukan luahan emosi kerana drama di atas hanya fantasi.Hehehe..

"Studeeeeeeeeennnt...POWER!!!"




Saturday, December 11, 2010

Study+Santai= Bez!



Belajar atau mengulangkaji pelajaran kadang2 menyeronokkan bagi sesetengah orang, kadang2 membosankan bagi sesetengah pihak yg lain. :-D

Anda bagaimana?

Sebenarnya, belajar ni perlu santai. Relaks2 sudaa...no tensen2 ek. Dan santai a.k.a relaks ni hanya boleh dilakukan andai kalian study di awal waktu, bukan last minute okeyy!!!

Di sini ingin saya kongsikan satu rahsia bukan setakat untuk seronok belajar, malah sangat efisien. Apa ye rahsia tu? Actually, sume orang dah maklum ttg secret ni. Tapi, sape2 yg dah tau tp masih belum mencuba, maka inilah saatnya!! huhu

Nak tau?

Betol nak tau?

Tak lain tak bukan ianya adalah BELAJAR/ULANGKAJI DALAM KUMPULAN a.k.a STUDY GROUP.

Nah, inilah resepi kejayaan. (mgkin tidak bg manusia yg anti-social =_= )



Tapi ada syarat2 gak nak wat study group ni. Iaitu:

1- Jangan terlalu ramai dalam group tu. Nanti bincang+gosip lebih bnyak dari bincang+belajar.huhu

2- Mesti ada sorang yang pakar+terer(bkn pengganas ok) dalam kalangan kalian. Maka, mudah la nak merujuk.

3- Korang sekepala. Tujuannya, senang nak wat Modul Anti Bosan. :-D


Kadang2 kita akan cepat rasa bosan+setan bgayut kt bulu mata. Mengantuk tak tau nak cakap. Maka, tak perlu kita nak stres2 sbb mengantuk tu bukan nya boleh dikawal nak datang bila kan,huhu.

Dan penyelesaiannya, mudah! Kita wat Modul Anti Bosan.

Cane? Salah satu nya, sila la menyanyi. Dan selitkan lirik2 yang sedikit melucukan.

Lagi, buat la teka teki yang santai. Bagi merelakskan palotak anda yang dah berserabut(kasar nampak..pedulik)

Dan macam3 cara lagi nak wat modul ni. Fikirlah sindrik ek.

So, semoga anda berjaya mencuba & sukses dalam pelajaran anda. HuHu..saya sekadar berkongsi..NO IDEA ACTUALLY..huh

"Jadikan Study Itu Suatu Yg Menyeronokkan"

Taknak Derma..Cane ek??


Once upon a time, Kasmadiwardono (seorang pelajar di sebuah IPTA terkenal) berjalan2 la sambil mata dia ni liar je memerhati keindahan ciptaan Allah. Niatnya untuk ambil angin & ke kedai berhampiran untuk membeli belah pape yg patut. Jalan punya jalan, tiba2 dari kejauhan dia ternampak la sorang manusia berjubah putih & berjanggut sambil memegang sebuah fail kt tangan.

Makanya, terdetik la dalam hati Kasmadiwardono ni.

"Aiseh, ni kompom nak mintak derma ni."

Lalu, Kasmadiwardono ni pun bertembung la dengan lelaki berjubah tu tadi.

Memang tepat telahan Kasmadi ni, lelaki tu memang nak minta derma. Derma tu untuk sebuah madrasah tahfiz yg terletak di Pakistan.

Baru je lelaki tu nak bukak fail & mulakan bicara, Kasmadi terus je selamba radak brkata,

"No, no..I dont have money"

Papp...Kasmadi telah pun menipu pada lelaki itu. Lelaki tu tak mampu berkata ape2 melainkan menutup kembali failnya & berlalu ke tempat lain..

Maka, Kasmadi pun meneruskan perjalanan ke kedai. Shopping punya shopping, Kasmadi pun nak bayar. Tiba2.....Kasmadi dapati beg duit dia dah hilang. Cari punya cari, tak jgk jumpa. Maka, kata2 Kasmadi kpd Pakistan tadi bahawa dia takde duit telah pun termakbul.

--------------------------------------------------------------------------------
Haa..jom kita dengar apa kata Kasmadi tentang penipuannya.

Kasmadi cakap dia terpaksa menipu lelaki tersebut. Dia kata dia memang taknak bagi derma kat orang Pakistan tadi sebab dia tak yakin yang orang Pakistan tu bercakap benar. Mungkin orang Pakistan tu hanya sindiket.

So..betul ke orang Pakistan tu sindiket?? Kalau orang tu betul2 kutip derma untuk madrasah cane??

Lagipun, sama ada orang tu sindiket atau tidak, tu bukan persoalan. Persoalannya, adakah hati kita ada niat nak menderma kepada yg memerlukan?

Kalau la kita taknak bagi derma pada seseorang, maka TOLAKLAH DENGAN CARA BAIK. JANGAN MENIPU. JANGAN MENYAKITI HATI ORANG YANG MEMINTA DERMA.

Renung2 kan & selamat beramal & selamat menyebarkan =)

"Bayangkan Kalau Kita Sendiri Berada
Pada Kedudukan Orang Pakistan Tu..Cane?"

AKHIRNYA..KEJAHILAN 'TERAWAT'..

Alhamdulillah...
punya la lame buat research tentang ruangan comment yg taknak kluar. akhirnya, jumpa jgk pnyelesaian nye. ( pape tah :-P)

Mgkin aku TERsalah tekan ape2 dulu, tu yg takde tmpat komen tu. haish..

Maka...

Jene, jeng, jeng..!!

Da ada kn tempat komen kt bawah ni??

Berbanding beberapa entry sebelum ni, takde pn tmpat komen. sbb nye, aku TERset DONT ALLOW kat tempat option tu.huh..appa daa..terserlah sket kejahilan.. T_T

Saturday, July 10, 2010

Budi Bahasa ke Budu Bahasa??

KISAH 1

Sedang khusyuk menelaah di study room B216, tiba2 ada makhluk tanpa benang belah atas & ada sikit benang belah bwh dtg(pkai boxer, xpkai baju)..

"Ada gunting tak? Pinjam."

Aku pun menoleh & menjawab..

"Ada, nah"

Maka, makhluk tu pun amek gunting tu.

Selang beberapa minit kemudian, makhluk tu pun dtg semula bersama gunting yg dipinjam tadi. Lalu diletaknya gunting tu di atas meja tempat aku menelaah..apa yg sadisnya adalah, makhluk tu letak gunting & pergi mcm tu je..

KISAH 2

Aku ke sebuah kedai fotostat berdekatan. Sesudah menjejakkan kaki dalam kedai tu, agak lebih kurang 5-10 minit la tunggu abg tu tanya(saje je nk tgk respon, bkn manja :-P ). Tapi dengan selamba radaknya, dia buat taktau je. Siap melayari internet lagi.huhu..kemudian, dengan semangat waja aku bersuara...

"Bang, nak fotostat boleh?"

Then, aku pun tunggu la dalam setengah minit..

".............................."

Sadisssssssssssssssss sungguh................takde respon langsung walaupun dengan hanya satu tolehan. Mcm cakap dengan patung.(perumpamaan yg masih lg kategori sopan dr aku)

Aku pergi kedai lain la lepas tu..huhu

**********************************************************


Huish, pelik sungguh la dua2 makhluk yg aku jmpe tu..budi bahasa tertinggal kt rumah ke? Ke dah tukar jadi 'budu bahasa'??

Takpe la, mungkin makhluk yg pertama tu ada ckp terima kasih tp aku yg tak dengar kot. :-D Makhluk kedua pulak, mungkin dia tak dengar suara aku yg lemah lembut tu kot(huhu)

Tapi hakikatnya zaman millenium aluminium ni, mmg agak berlambak makhluk2 yg suka 'tinggalkan' budi bahasa di rumah, takpun mmg saje 'delete' dr dalam diri.huhu.

Maka, kepada diri2 yg masih ada 'budi bahasa' bersama mereka, jagalah elok2 ye, jangan tinggal2 lak :-) Yg dah takde pulak, 'install' lah balik... :-P

"Hina Besi Kerana Karat,
Hina Manusia Tidak Berbudi"

Thursday, July 8, 2010

Syabab Perlu Kuat!

Hammasah!

Semangat!

Hammasatus Syabab.. Semangat Pemuda!!!

Tidak dapat disangkal lagi bahawa para remaja muda mudi mempunyai semangat dalam diri mereka. Semangat yang sangat tinggi berbanding golongan yang sudah berusia.

Apa buktinya? Keinginan remaja mencuba sesuatu yang baru & mencuba sesuatu yang ekstrem adalah bukti2 yang menunjukkan bahawa remaja sangat teruja untuk melakukan sesuatu.

Para pemuda memerlukan panduan & tunjuk ajar dr golongan yg lebih berusia agar setiap kerja yg mereka lakukan tidak keterlaluan. Namun wujud dalam masyarakat kita kini, segelintir golongan tua yang menjadi peruntuh & pemecah semangat golongan muda. Pantang nampak golongan yg lebih berilmu, mereka akan bertindak seolah-olah iri hati. Mereka tidak memberi peluang kpd anak muda mempamerkan bakat & ilmu.

Golongan tua tidak seharusnya mematikan semangat yang ada dalam diri remaja pada hari ini. Dan kita sebagai golongan muda jangan pula merasa lemah & putus asa andai ada golongan tua yg mematikan semangat kita.

Kita perlu kuat!!

"Kadang-kadang Perlu Banyak Bersabar Dengan
Golongan Yang Lebih Makan Garam"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...