Saturday, July 10, 2010

Budi Bahasa ke Budu Bahasa??

KISAH 1

Sedang khusyuk menelaah di study room B216, tiba2 ada makhluk tanpa benang belah atas & ada sikit benang belah bwh dtg(pkai boxer, xpkai baju)..

"Ada gunting tak? Pinjam."

Aku pun menoleh & menjawab..

"Ada, nah"

Maka, makhluk tu pun amek gunting tu.

Selang beberapa minit kemudian, makhluk tu pun dtg semula bersama gunting yg dipinjam tadi. Lalu diletaknya gunting tu di atas meja tempat aku menelaah..apa yg sadisnya adalah, makhluk tu letak gunting & pergi mcm tu je..

KISAH 2

Aku ke sebuah kedai fotostat berdekatan. Sesudah menjejakkan kaki dalam kedai tu, agak lebih kurang 5-10 minit la tunggu abg tu tanya(saje je nk tgk respon, bkn manja :-P ). Tapi dengan selamba radaknya, dia buat taktau je. Siap melayari internet lagi.huhu..kemudian, dengan semangat waja aku bersuara...

"Bang, nak fotostat boleh?"

Then, aku pun tunggu la dalam setengah minit..

".............................."

Sadisssssssssssssssss sungguh................takde respon langsung walaupun dengan hanya satu tolehan. Mcm cakap dengan patung.(perumpamaan yg masih lg kategori sopan dr aku)

Aku pergi kedai lain la lepas tu..huhu

**********************************************************


Huish, pelik sungguh la dua2 makhluk yg aku jmpe tu..budi bahasa tertinggal kt rumah ke? Ke dah tukar jadi 'budu bahasa'??

Takpe la, mungkin makhluk yg pertama tu ada ckp terima kasih tp aku yg tak dengar kot. :-D Makhluk kedua pulak, mungkin dia tak dengar suara aku yg lemah lembut tu kot(huhu)

Tapi hakikatnya zaman millenium aluminium ni, mmg agak berlambak makhluk2 yg suka 'tinggalkan' budi bahasa di rumah, takpun mmg saje 'delete' dr dalam diri.huhu.

Maka, kepada diri2 yg masih ada 'budi bahasa' bersama mereka, jagalah elok2 ye, jangan tinggal2 lak :-) Yg dah takde pulak, 'install' lah balik... :-P

"Hina Besi Kerana Karat,
Hina Manusia Tidak Berbudi"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...