Thursday, July 8, 2010

Syabab Perlu Kuat!

Hammasah!

Semangat!

Hammasatus Syabab.. Semangat Pemuda!!!

Tidak dapat disangkal lagi bahawa para remaja muda mudi mempunyai semangat dalam diri mereka. Semangat yang sangat tinggi berbanding golongan yang sudah berusia.

Apa buktinya? Keinginan remaja mencuba sesuatu yang baru & mencuba sesuatu yang ekstrem adalah bukti2 yang menunjukkan bahawa remaja sangat teruja untuk melakukan sesuatu.

Para pemuda memerlukan panduan & tunjuk ajar dr golongan yg lebih berusia agar setiap kerja yg mereka lakukan tidak keterlaluan. Namun wujud dalam masyarakat kita kini, segelintir golongan tua yang menjadi peruntuh & pemecah semangat golongan muda. Pantang nampak golongan yg lebih berilmu, mereka akan bertindak seolah-olah iri hati. Mereka tidak memberi peluang kpd anak muda mempamerkan bakat & ilmu.

Golongan tua tidak seharusnya mematikan semangat yang ada dalam diri remaja pada hari ini. Dan kita sebagai golongan muda jangan pula merasa lemah & putus asa andai ada golongan tua yg mematikan semangat kita.

Kita perlu kuat!!

"Kadang-kadang Perlu Banyak Bersabar Dengan
Golongan Yang Lebih Makan Garam"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...