Wednesday, December 15, 2010

Pelajar CFS Terkena Gangguan Seksual


Apabila menyebut tentang gangguan seksual, sebahagian orang memandang enteng sahaja perkara tersebut dan hanya mengambil berat seandainya dirinya sendiri atau kaum keluarga atau juga rakan-rakannya telah menjadi mangsa.

Begitu juga diri saya. Selama ini, gangguan seksual ini jarang2 sekali saya dengar berlaku di sekeliling saya. Kebiasaannya kedengaran hanya berlaku di tempat kerja. Tetapi baru2 ini, saya dikejutkan dengan berita seorang kawan perempuan saya telah terkena gangguan seksual sewaktu berjoging di sekitar CFS UIAM Nilai.

Dikhabarkan pelajar perempuan tersebut beriadah bersama-sama rakan sebiliknya di Nilai Square (bersebelahan dgn CFS). Kemudian ketika mereka leka beriadah, datang seorang lelaki bermotosikal. Lelaki tersebut kemudiannya melondehkan seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada salah seorang pelajar tersebut. Pelajar tersebut lantas memberitahu rakan-rakannya lalu lelaki tersebut terus melarikan diri dengan motosikalnya.



Dalam kejadian yg lain, seorang pelajar melaporkan bahawa dia telah diikuti oleh seorang lelaki bermotosikal ketika keluar berseorangan dari asrama perempuan. Lelaki tersebut disyaki adalah lelaki yang sama dalam kes yang sebelum itu.

Nah, dalam entry sebelum ini, saya telah menyebut tentang kerisauan ibubapa terhadap keselamatan anak2 mereka yang belajar di CFS UIAM Nilai. Kini, kerisauan mereka itu bukan hanya di bibir mahupun di fikiran semata, bahkan ianya perlu kepada tindakan untuk ditangani. Berita tentang gangguan seksual yang berlaku ini tidak boleh dipandang remeh. Pelajar2 perempuan di sini sangat terdedah kepada bahaya & perkara ini sangat perlu diambil cakna oleh semua pihak terutama yang bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan kampus.

Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat melaksanakan tanggungjawab & menjalankan amanah sebaiknya.

"Jangan Sudah Terhantuk Baru Nak Terngadah"

4 comments:

Muhammad Alif bin Zainuddin said...

trbaik la....bgtu amik berat...

hadisyafiq said...

huhu..prjuangkan hak kita sbg pelajar! :-D

kerepek ubi said...

macam pemberita la hadi.

Azimah Rupilen said...

Sentiasa pesan pd adik2 jgn kuar sorang2..risaunya tau benda ni. Dulu ana sempat jugga berjalan sorg2 alhamdulillah xda apa..tp..jgn tiru perangai ni. Kat gombak ni pun dah xbrani berlagak berani..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...