Monday, May 11, 2009

Pinggan Bersih Pinggan Kotor

Bayangkan satu hari 2 orang rakan anda meminjam pinggan dari anda. Masing-masing menggunakan pinggan tersebut untuk makan. Setelah makan, seorang rakan memulangkan pinggan dalam keadaan bersih sebaliknya yang seorang lagi memulangkan pinggan dalam keadaan kotor.




Adakah anda marah?

Apakah yang akan anda lakukan??

Sudah tentu anda akan menyimpan terus pinggan yang bersih sedangkan pinggan yang kotor perlu dicuci terlebih dahulu. Ianya perlu direndam dalam air sabun, digosok, dibilas, dikeringkan dan kemudian barulah anda menyimpannya di tempat tertentu. Benar?

Apa kaitan pinggan kotor & pinggan bersih ni dalam hidup kita?

Nak jadi Chef Wan ke??

Mari kita renung balik hidup kita didunia ni. Allah memberi pinjam nyawa dan jasad kepada kita untuk kita hidup di muka bumi milik Allah. Suatu ketika nanti, kita akan diminta memulangkan kembali pinjaman yang diberi Allah kepada kita.

Maka pada ketika itu, barangsiapa yang memulangkan jasad dan nyawa dalam keadaan bersih dari dosa akan terus disimpan (dimasukkan) di syurga Allah. Akan tetapi barangsiapa yang memulangkan jasad dan nyawa dalam keadaan penuh dengan kotoran iaitu dosa, maka akan dibersihkan terlebih dahulu kotoran-kotoran tersebut.

Bagaimana cara ia dibersihkan?

Kotoran-kotoran tersebut akan dibersihkan dengan cara dibakar di dalam neraka. Dan setelah bersih dari kotoran, barulah akan disimpan di syurga.

Maka, sama-samalah kita beramal ibadah di dunia agar nyawa dan jasad kita dipulangkan dalam keadaan bersih dari noda dan dosa.

Renung-renungkan dan selamat beramal..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...