Tuesday, May 5, 2009

AKU HANYA KEPALA PAIP


Aku sebuah kepala paip. Aku dicipta di salah sebuah kilang di Petaling Jaya. Aku dicipta bersama-sama dengan beratus-ratus rakanku yang lain.

Pada suatu hari, aku & rakan-rakan dibawa menaiki sebuah lori yang besar. Kami dibawa ke sebuah kawasan pembinaan. Lalu aku dipasang di bangunan tersebut. Bangunan tersebut diberi nama Mahallah Abu Bakar.

Sedang pada masa yang sama, sebahagian dari rakan-rakanku yang lain dibawa pula menaiki lori ke sebuah kawasan pembinaan berdekatan denganku. Lalu mereka dipasang di bangunan tersebut yang diberi nama Masjid Kolej Islam Malaya.

Aku berkhidmat di sebuah bilik basuh, mengalirkan air untuk manusia membasuh baju, membasuh pinggan, gosok gigi dan sebagainya. Sedangkan rakan-rakanku di masjid berkhidmat bagi manusia yang ingin berwudhuk dan bersolat. Aku berasa cemburu dengan rakan-rakanku yang berkhidmat di masjid tersebut kerana khidmat mereka kurasakan jauh lebih besar berbanding diriku.




Namun setelah penatku berfikir, aku tidak lagi cemburu melihat rakan-rakanku di masjid kerana aku hanya sebuah kepala paip. Dimana sahaja aku berkhidmat, jasaku tetap sama.

Tetapi aku sungguh pelik melihat manusia disekelilingku. Mereka tidak langsung merasa cemburu melihat rakan-rakan mereka menunaikan solat jemaah di masjid. Mereka lebih memilih untuk solat sendirian di bilik sendiri. Sedangkan mereka telah dijanjikan pahala 27 kali ganda lebih besar jika solat berjemaah. Sungguh, manusia itu kadang-kadang seakan-akan lebih jahil dari diriku, hanya sebuah kepala paip.

Aku hanya mampu melihat sahaja kerenah mereka. Mungkin aku hanya kepala paip, tiada apa yang perlu mereka segankan. Sedarlah manusia...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...