Thursday, July 8, 2010

Biasiswa KPT Dah Masuk Kan???


Tika & saat inilah waktu yg sangat menggembirakan bagi hampir kesemua pelajar2 CFS IIUM. Terutamanya mereka2 yg ada depan mataku di Nilai ni. Mana tak nya, duit biasiswa KPT dah masuk. Kebiasaannya dalam RM1200+ la yg masuk.

Tika & saat inilah jugak stesen yg 'memuntahkan' duit sentiasa penuh & panjang barisannya. Seawal 6 7 pagi sampai la ke pukul 10 11 mlm..kalau kosong pun pukul 12mlm smpai subuh..

Meriah je nampak nya mereka2 ni enjOy & bersuka ria dengan duit yg ada tu..mcm baru dpt gaji la gayanya,huhu..

Cuma ada pesanan sikit utk kamu2 yg berduit biasiswa byk tu:

JANGAN LUPA MENGUCAP SYUKUR PADA ALLAH
Jangan lupa bahawa rezeki duit tu dari Allah. Jangan hanya ckp terima kasih pd pegawai bank atau staff2 Finance Dept saje. Bukan mereka tu yg bagi rezeki tu kn,huhu. Bersyukur jugak la sbb duit tu masuk awal la jugak, sebelum 'cuti midsem' (cuti midsem pd Sabtu & Ahad).

JANGAN BOROS
Kalau keluar shopping tu (utk akak2 terutamanya), jgn terlalu boros lak ye. Shopping ala kadar & memenuhi keperluan sudah la. Kalau kasut atau beg tu masih elok, x payah la nak beli2 yg baru lg. Guna dulu sampai x berape nk baru.
Makan lak, jangan pulak sebelum ni mkn nasi bujang, tiba2 bila dpt biasiswa je hari2 nk g KFC lak,huhu. Kesimpulannya, jangan boros & jangan belanja ikut nafsu.

BUAT PERANCANGAN KEWANGAN
Maksudnya, rancang siap2 berapa yg akan digunakan sepanjang semester ni. Contohnya 2/3 sahaja akan diguna & 1/3 lagi kena simpan utk kegunaan waktu susah atau terdesak nanti.

BELANJA KAWAN2 ATAU FAMILY(sikit2) :-D
Belanja kawan2 atau family(sikit2 je pun cukup). Kira mcm kenduri kesyukuran jugak la,hehe..
Ada duit tu jgn lupa org lain terutamanya golongan2 yg x brape senang & ada masalah kewangan, moga2 ada keberkatan nya kan..mana la tau nnt org yg kena belanja tu akan mendoakan agar rezeki kamu2 semakin murah..insyaAllah..

Tu la sikit pesanan utk mereka2 yg baru dpt biasiswa. Jangan terlampau bermewah dgn kesenangan yg ada, kena berpada2 tau. Selamat berduit!!

"Zaman Sekarang Segalanya Perlukan Duit,
Tapi Duit Bukanlah Segala-galanya"
Sama-sama Renung...

Kembali~(testing)

TESTING2..(sambil menyapu habuk & debu di blog page)

Ku kembali,huhu..

AbidTaat akan cuba untuk kembali berkongsi apa2 cerita & pengalaman mahupun ilmu biarpun sedikit untuk anda2 semua..

Huhu..

Tuesday, October 27, 2009

Pakaian Tercantik!


"Cantik pakaian awak Liza. Awak beli kat mana skirt ni?"

"Smart la boxer kau Joe"

Jika kita lihat kata-kata pujian di atas ni, jelas mereka yang memuji tu hanya mentafsirkan cantik semata-mata pada pakaian yang zahir di mata mereka. Mereka tidak 'bedah' makna cantik sedalam-dalamnya. Bagi mereka jika pakaian itu nampak bergaya dan lawa, itulah cantik.

Macam mana dengan pakaian anda para pembaca? Adakah 'cantik'?

Kali ini, ana ingin bongkar satu rahsia. Sebenarnya bukan rahsia pun sebab ramai yang dah tahu tapi terlupa dan terlepas pandang. Nak tahu rahsia apa?

Rahsia 'Pakaian Tercantik'

Pakaian tercantik ni bukanlah berjenama Adidas, bukan Dockers, bukan juga Noor Arfa Batik. Tak ada pun dijual di The Curve ke, Pavilion ke, Isetan ke..sebab pakaian ni tak boleh dibeli, tapi boleh dicari.

Pakaian yang dimaksudkan di sini adalah akhlak seseorang kerana akhlak itulah pakaian diri yang terbaik.

Apa itu akhlak?

Akhlak adalah sifat dan sikap yang selaras dengan al-Quran dan hadith. Sifat adalah apa yang ada di dalam hati manakala sikap pula apa yang nampak pada perbuatan.

Jika seseorang mempunyai sifat yang baik seperti berbaik sangka dan penyabar tetapi sikapnya kasar dan suka membentak, dia masih berada dalam kategori tidak berakhlak. Begitu juga andai seseorang itu hanya baik lahirnya tetapi sifat buruk bertakhta dalam hati. Kesimpulannya, akhlak memerlukan gabungan antara sifat dan sikap dalam diri seseorang.

Lihat sahaja sirah Rasulullah SAW dan jadikan Baginda sebagai contoh tauladan. Berapa ramai orang kafir yang melafazkan kalimah tauhid Laailahaillallah setelah melihat akhlak yang terpancar dari dalam diri baginda. Baginda memelihara kata-kata dan perbuatan Baginda kepada semua orang di sekeliling.

Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang luhur. (Al-Qalam: 4)

Rahsia pakaian tercantik sudah pun terungkai dan telah anda ketahui. Haa, apa lagi?
Jom sama-sama kita berusaha mendapatkan pakaian tu. Bila dah dapat nanti, jangan
lupa jaga elok-elok tau sebab susah nak jaga pakaian tu sebab senang hilang.

Tak tahu cara nak cari? Bukalah manual..namanya Al-Quran & Al-Hadis, mesti ada tercatat
cara-caranya. So, selamat mencuba pakaian tercantik!

"Hiasilah Diri Dengan Akhlak Terpuji"


Tuesday, October 20, 2009

Belajarlah...Rugikah kita?

Lepas UPSR

"Ah, menyesal sungguh aku tak study betul2! Lepas ni aku nak belajar rajin2, aku nak score untuk PMR"


Lepas PMR

"Rugi aku belajar main2 dulu, kawan2 aku ramai dapat 9A, aku juga yang corot"


Lepas SPM

"Aduh, susah la nak masuk universiti macam ni, result tak berapa baik"


Lepas Sem 1 di Matrik

"Tak dapat pun 4.0, nyesal aku"



Hah! Pernah tak diri anda menjadi seperti yang di atas ni? Mungkin pernah terjadi sewaktu UPSR dulu. Mungkin juga selepas PMR mahupun SPM. Dan mungkinkah anda tergolong dalam semua kategori di atas yang setiap kali lepas keluar result pasti akan menyesal barang seminit dua?

Memang diri kita ni pastinya merasa sedih andai apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan, apa yang kita rancang tidak berjaya dan apa yang kita harap tidak kesampaian.

Tetapi sedar tak bahawa ramai juga dalam kalangan kita yang hanya menyesal ataupun sedih hanya untuk seketika. Pengalaman silam tidak dijadikan iktibar, kesilapan lampau tidak dijadikan pedoman bahkan diulang, ulang dan ulang. Hasilnya, kita masih ditakuk lama. Tidak ada kemajuan, tidak ada perubahan.

'Belajar dari kesilapan' merupakan salah satu resipi kejayaan yang selalu kita terlepas pandang. Kita ambil satu kisah untuk dijadikan contoh. Sekadar contoh yang santai.


Pada suatu hari, Jamal telah manghayunkan tangan ke muka Sani. Sani tak dapat mengelak lalu hinggaplah tangan Jamal ke muka Sani. Sani bertanya kepada Jamal.

Sani: Kenapa kau tampar aku?

Jamal: Haha, hari ni kau dah belajar satu perkara.

Hari berikutnya, sekali lagi Jamal menghayunkan tangannya ke muka Sani. Tetapi Sani dapat mengelak. Lalu Jamal berkata, "Inilah apa yang kau pelajari"



Haa, sahabat-sahabat, kesian Sani kan? Tapi dia berjaya menjadikan tamparan Jamal sebagai pengajaran dan tidak dia ulangi. Syabas Sani!!

Kita bila lagi? Jangan kita hanya hangat-hangat taik ayam. Semangat pada awalnya untuk tidak ulangi kesilapan tapi masih mengulanginya. Kesilapan semalam diulang pada hari ini. Apakah suatu yang untung atau rugi?

Renungkan hadith:

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka"

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.
Belajarlah dari kesilapan



Monday, September 14, 2009

Zikroyat Arabic Class

Kuliah terakhir semester ni..Jumaat 11 September..

Kami ambil kesempatan yang ada untuk bergambar kenangan bersama. Tapi, tak semua pelajar muslimin hadir ke kelas hari tersebut. Sebaliknya semua pelajar muslimat hadir. Maka, tak dapat la kami bergambar dengan sempurna. Tak bez la tak lengkap ahli kelas..

Tapi suasana pagi tu diselubungi bermacam2 perasaaan. Mana taknya, 1semester berlalu dirasakan sgt pantas berlalu. Semester dpn mungkin bertukar ustaz. Sedih rasanya sewaktu bersalaman untuk berpisah dgn Dr Khalid.





Muntaziri & ana bergambar dgn Dr. Khalid Osman.




Muslimat kelas bersama Dr Khalid

Lepas raya ni, kami semua akan exam. Maka, raya ni takleh la nk sakan2..kena study!!
Jangan lupa study tau kawan2!!

Good Luck Semua..!!

Friday, September 11, 2009

Iftor Kelas Arabku!!

Grup 1..Arabic class..

Kelas kami ni mempunyai ahli seramai 15 org..10 org muslimat dan hanya 5 orang muslimin..
Hmm, sangat2 berbeza sewaktu berada di kampus PJ dulu. Kalau dulu, dalam kelas, muslimin lagi ramai dari muslimat..muslimin 15,muslimat 4-5 org je..hmm, macam dalam lagu..
'Dulu lain, sekarang lain'......

Hari Rabu baru ni (9 Sept) kelas Arab kami ni mengadakan satu majlis berbuka puasa kat blok C (C1-22). Mengikut perancangan awal, Ust Azlan (salah sorg ustaz kami) akan join sekali. Tapi last2, ust Azlan tak dapat datang. Ada hal tak dapat dielakkan. Hmm, ustaz kami ni busy sikit orangnya. Maklumlah, tengah struggle nak dapatkn PhD...

Majlis petang tu bermula lewat sikit sebab ramai ahli kelas kami yang ada kelas. Kelas FIM terakhir! Hehe (Amnan excited pegi kelas ni)

Bila masuk waktu Maghrib, kami berbuka dengan sikit kurma, kuih muih, dan air Bleu. Pastu, kami solat Maghrib dulu secara berjemaah. Kami solat dalam kelas tu & imamnya adalah Amnan.



Ni lah Amnan

Lepas solat Maghrib, ada sesi tazkirah ringkas oleh ana sendiri. Lepas tu, barulah makan makanan yang berat sikit. Menu? Nasi dgn lauk ayam masak merah..delicious! laziz..!!
Then, ada kek pulak malam tu..lawa lak tu..



Kek kami..!!


Hmm, terima kasih lah diucapkan kepada rakan2 yang bertungkus lumus menjayakan program ni, terutama kepada 'Chief' iaitu Kak Zue. Tak lupa Sdr. Firdaus (chief bhgian muslimin)..tukang goreng nuget,Saiyid Sakinah..

Majlis iftor kami ni berlangsung sampai ke waktu Isyak. Bila masuk Isyak, kami yang Muslimin ni pun bergegas ke masjid. Kesian muslimat terpaksa buat kerja2 yang kami tinggalkan. TQ muslimat..!!


Ni gambar2 lain...


Firdaus & Muntaziri





Muslimat yg hadir..

Hmm, tak banyak pun aktiviti2 yang kami jalankan sepanjang 1sem bersama. Satu ni je pun. Tapi, diharap dengan program yg satu ni, terjalin satu tautan mahabbah yang kuat antara kami dan tercipta satu kenangan manis yg terindah sepanjang bersama. Pesanan akhir buat antum semua rakan sekelas, buatlah yang terbaik dalam final exam nanti..!!


"Kita Pasti Merindui Detik Yang Berlalu Ini"

Terbang Lagi~

Ahad, 6 September 2009- Segerombolan pelajar dari UIA kampus Nilai telah berpakat untuk ke KLIA bagi menghantar beberapa sahabat mereka yang akan terbang melanjutkan pelajaran ke Jordan iaitu Syukran, Syaukani dan lain-lain.

Mereka bertolak dari Nilai selepas Subuh menuju ke KLIA berbekalkan sebuah kereta Wira milik salah seorang dari mereka. Niat suci mereka pada hari itu telah dikabulkan oleh Maha Pencipta yang memberikan peluang bagi mereka untuk berjumpa & memberi kata2 semangat kepada sahabat mereka tersebut.

Perjalanan mereka agak sedikit kelam kabut pada pagi hening itu. Hal ini adalah kerana salah dua orang dari mereka bakal menjalani satu sesi ujian@kuiz pada pukul 9.00 pagi. Oleh yang demikian, pertemuan antara para pelajar tersebut dengan sahabat mereka yang akan fly itu hanya berlaku selama lebih kurang setengah jam.

Walaubagaimanapun, para pelajar tersebut sempat juga bergambar dengan sahabat2 mereka itu. Namun agak malang bagi mereka kerana majoriti dari gambar yang disnap pada pagi itu blur. Hanya sedikit sahaja gambar yang dapat dilihat dengan jelas. Namun tidak mengapa. Kenangan yang disnap dalam ingatan mereka adalah lebih bermakna dari gambar yang disnap menggunakan kamera.



Syukran & Syaukani check-in pada pukul 9, terbang menuju ke Jordan pada pukul 11 pagi. Dua pelajar yang akan menjalani kuiz pada hari tersebut sampai ke lokasi kuiz beberapa minit sebelum kuiz bermula. Mujur malam sebelumnya telah mereka isi dengan menelaah segala tajuk berkaitan kuiz.

* Teringat kata2 Majdi sewaktu di Darul Quran dulu: "Ukhwah Itu Suatu Yang Seni"


"Ukhwah Bukan Sekadar Di Atas Kertas Ataupun Lensa Kamera"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...