Tuesday, October 27, 2009

Pakaian Tercantik!


"Cantik pakaian awak Liza. Awak beli kat mana skirt ni?"

"Smart la boxer kau Joe"

Jika kita lihat kata-kata pujian di atas ni, jelas mereka yang memuji tu hanya mentafsirkan cantik semata-mata pada pakaian yang zahir di mata mereka. Mereka tidak 'bedah' makna cantik sedalam-dalamnya. Bagi mereka jika pakaian itu nampak bergaya dan lawa, itulah cantik.

Macam mana dengan pakaian anda para pembaca? Adakah 'cantik'?

Kali ini, ana ingin bongkar satu rahsia. Sebenarnya bukan rahsia pun sebab ramai yang dah tahu tapi terlupa dan terlepas pandang. Nak tahu rahsia apa?

Rahsia 'Pakaian Tercantik'

Pakaian tercantik ni bukanlah berjenama Adidas, bukan Dockers, bukan juga Noor Arfa Batik. Tak ada pun dijual di The Curve ke, Pavilion ke, Isetan ke..sebab pakaian ni tak boleh dibeli, tapi boleh dicari.

Pakaian yang dimaksudkan di sini adalah akhlak seseorang kerana akhlak itulah pakaian diri yang terbaik.

Apa itu akhlak?

Akhlak adalah sifat dan sikap yang selaras dengan al-Quran dan hadith. Sifat adalah apa yang ada di dalam hati manakala sikap pula apa yang nampak pada perbuatan.

Jika seseorang mempunyai sifat yang baik seperti berbaik sangka dan penyabar tetapi sikapnya kasar dan suka membentak, dia masih berada dalam kategori tidak berakhlak. Begitu juga andai seseorang itu hanya baik lahirnya tetapi sifat buruk bertakhta dalam hati. Kesimpulannya, akhlak memerlukan gabungan antara sifat dan sikap dalam diri seseorang.

Lihat sahaja sirah Rasulullah SAW dan jadikan Baginda sebagai contoh tauladan. Berapa ramai orang kafir yang melafazkan kalimah tauhid Laailahaillallah setelah melihat akhlak yang terpancar dari dalam diri baginda. Baginda memelihara kata-kata dan perbuatan Baginda kepada semua orang di sekeliling.

Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang luhur. (Al-Qalam: 4)

Rahsia pakaian tercantik sudah pun terungkai dan telah anda ketahui. Haa, apa lagi?
Jom sama-sama kita berusaha mendapatkan pakaian tu. Bila dah dapat nanti, jangan
lupa jaga elok-elok tau sebab susah nak jaga pakaian tu sebab senang hilang.

Tak tahu cara nak cari? Bukalah manual..namanya Al-Quran & Al-Hadis, mesti ada tercatat
cara-caranya. So, selamat mencuba pakaian tercantik!

"Hiasilah Diri Dengan Akhlak Terpuji"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...