Tuesday, October 20, 2009

Belajarlah...Rugikah kita?

Lepas UPSR

"Ah, menyesal sungguh aku tak study betul2! Lepas ni aku nak belajar rajin2, aku nak score untuk PMR"


Lepas PMR

"Rugi aku belajar main2 dulu, kawan2 aku ramai dapat 9A, aku juga yang corot"


Lepas SPM

"Aduh, susah la nak masuk universiti macam ni, result tak berapa baik"


Lepas Sem 1 di Matrik

"Tak dapat pun 4.0, nyesal aku"



Hah! Pernah tak diri anda menjadi seperti yang di atas ni? Mungkin pernah terjadi sewaktu UPSR dulu. Mungkin juga selepas PMR mahupun SPM. Dan mungkinkah anda tergolong dalam semua kategori di atas yang setiap kali lepas keluar result pasti akan menyesal barang seminit dua?

Memang diri kita ni pastinya merasa sedih andai apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan, apa yang kita rancang tidak berjaya dan apa yang kita harap tidak kesampaian.

Tetapi sedar tak bahawa ramai juga dalam kalangan kita yang hanya menyesal ataupun sedih hanya untuk seketika. Pengalaman silam tidak dijadikan iktibar, kesilapan lampau tidak dijadikan pedoman bahkan diulang, ulang dan ulang. Hasilnya, kita masih ditakuk lama. Tidak ada kemajuan, tidak ada perubahan.

'Belajar dari kesilapan' merupakan salah satu resipi kejayaan yang selalu kita terlepas pandang. Kita ambil satu kisah untuk dijadikan contoh. Sekadar contoh yang santai.


Pada suatu hari, Jamal telah manghayunkan tangan ke muka Sani. Sani tak dapat mengelak lalu hinggaplah tangan Jamal ke muka Sani. Sani bertanya kepada Jamal.

Sani: Kenapa kau tampar aku?

Jamal: Haha, hari ni kau dah belajar satu perkara.

Hari berikutnya, sekali lagi Jamal menghayunkan tangannya ke muka Sani. Tetapi Sani dapat mengelak. Lalu Jamal berkata, "Inilah apa yang kau pelajari"



Haa, sahabat-sahabat, kesian Sani kan? Tapi dia berjaya menjadikan tamparan Jamal sebagai pengajaran dan tidak dia ulangi. Syabas Sani!!

Kita bila lagi? Jangan kita hanya hangat-hangat taik ayam. Semangat pada awalnya untuk tidak ulangi kesilapan tapi masih mengulanginya. Kesilapan semalam diulang pada hari ini. Apakah suatu yang untung atau rugi?

Renungkan hadith:

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka"

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.
Belajarlah dari kesilapan



1 comment:

Azimah Rupilen said...

Syabas...

Lagi pepatah yang berkaitan,,

Jangan sampai pisang berbuah dua kali,
Jangan sampai masuk lubang yang sama untuk kali kedua,
Jangan sampai nasi menjadi bubur,
terhantuk baru terngadah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...