Wednesday, April 8, 2009

Kisah Benar : Celako.

"Celako punyo asli..!!" bentak seorang pakcik di kejiranan saya setelah motor kapcainya dipintas seorang orang asli secara rakus dan kurang ajar.

Pakcik tu orang Nogori, tu pasal la dia sebut celako yang mana dalam bahasa standard tanpa modified berbunyi CELAKA.

Tak cukup sekadar memaki. Pakcik itu kemudiannya pergi minum di kedai kopi dan bercerita kisah orang asli yang memintasnya tadi.

"Celako punyo asli" kata pakcik itu lagi di kedai kopi tersebut.

***********************************************************

Cerita orang asli memintas motor pakcik tu tiba-tiba menjadi berita yang agak HOT. Saya pun tak faham. Apa kejadahnya berita tu digembar-gemburkan. Ishq3x.....

Setelah sekian lama berita HOT tu tersebar, perkataan 'CELAKO' tu menjadi perkataan yang famous pulak di kejiranan saya. Bukannya apa, perkataan CELAKO tu digunakan untuk menggelar pakcik tu tadi pula.

cth: "Oh, tu cucu si Celako"

Hmm terbit juga rasa kasihan saya pada pakcik tu. Disebabkan kesilapan mulut dia menCELAKOkan orang asli, akhirnya dia yang dipanggil CELAKO.

Orang-orang kampung pulak, selamba radak je gelar orang dengan perkataan tak elok tu.
Harap-harap diorang-diorang ni akan berhentilah nanti..ameen~

Ingatlah panggilan dan gelaran tu merupakan satu bentuk doa.

'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'


Renungkanlah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...