Tuesday, April 7, 2009

5 kali vs 2 kali

Pada suatu hari, seorang ulamak menaiki sebuah kapal terbang untuk ke suatu destinasi X.
Sedang dalam penerbangan, masuk waktu solat. Maka, ulamak ini pun bersiap sedia untuk menunaikan solat. Lalu ulamak ni pergi ke tandas untuk mengambil wudhu'.

Buat pengetahuan semua, tandas dalam kapal terbang tu tak lah besar mana pun. Dalam tandas tu, ada sebuah kolah air. Maka, ulamak ni pun berwudhu' menggunakan air dari kolah tersebut.
Ulamak berwudhu' seperti biasa dan apabila tiba saat untuk membasuh kaki, ulamak tercari-cari 'cebOk', 'gayung' mahupun 'tOler' untuk memudahkan proses membasuh kaki beliau. Tetapi kesemua alatan tersebut takde dalam kapal terbang tu.

Maka, beliau pun mengambil keputusan untuk mencelup sahaja kaki beliau ke dalam kolah tersebut sebab air dalam kolah tu lebih dari 2 kolah. Disebabkan ruang dalam tandas yang agak sempit, ulamak ni membuka pintu tandas terlebih dahulu sebelum mengangkat kaki ke dalam kolah agar lebih mudah.

Tatkala asyik mencelup kaki, seorang pramugari melintasi tandas tu. Pramugari yang terkesima melihat perbuatan ulamak tu terus menegur.

"Encik, encik buat apa ni? Kotorlah air tu kalau encik celup kaki. Air tu kami buat basuh muka tahu tak..?"

Ulamak pun membalas.
"Oh, maaf. Berapa kali anda semua basuh muka menggunakan air ni dalam sehari..?"

Pramugari jawab dengan selamba.
"2 kali la.."

Ulamak berkata lagi.
"oh, kalau macam tu, kaki saya lebih bersih dari muka anda semua sebab saya basuh kaki saya 5 kali sehari (wudhu').."

Lalu pramugari terdiam seribu juta lemon bahasa.
*****************************************************


Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah r.a. katanya, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah kekotoran (pada badannya)?” Para sahabat r.a. menjawab, “Tidak akan tetinggal sedikitpun kekotoran.”

Rasulullah s.a.w bersabda, “Maka demikianlah juga solat lima waktu, melalui solat Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa.” Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


* Renungkanlah cerita dan hadith di atas.

* Boleh juga jika nak tukar plot tempat kapal terbang kepada tempat2 lain seperti muzium dll mengikut kesesuaian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...