Tuesday, February 5, 2013

Semakin sibuk? Baguslah!


Bermula semester yang baru, rakan-rakan sepengajian tentunya punya semangat yg berkobar-kobar. Semangat baru, harapan baru. Tekad untuk melakukan yg terbaik untuk semester ni.

Kesilapan lama harapnya dapat dijadikan iktibar. Yg sudah tu, biarlah berlalu. Tetapi pengajarannya perlulah kita bawa. Itulah namanya PENGALAMAN. Guru yg sentiasa ada menemani kita. Tanpa jemu. Tanpa 'pencen'.

Banyak juga keluhan dr rakan-rakan yg menyatakan diri mereka terlalu sibuk. Hingga kadang-kadang menyebabkan mereka tertekan. 


google


Rakan-rakan..
Ketahuilah, KEWAJIPAN ITU LEBIH BANYAK DARI MASA YANG KITA ADA.
Jika kita pandai mengurus masa, pasti tidak wujud keluhan sibuk keluar dari mulut.

Percayalah, SEMAKIN KITA SIBUK, SEMAKIN KITA MENGHARGAI MASA.
Cubalah jika tidak percaya.

Lihat saja rakan-rakan di sekeliling kita. Ada dalam kalangan mereka yang punya kelapangan masa, namun dihabiskan begitu saja. Membazir. Apa gunanya? Lebih baik disibukkan dengan perkara-perkara lain yang lebih bermanfaat.

Cuma satu pesanan, perlu bagi kita mengurus masa dengan baik. Jangan suka bertangguh. Nescaya anda tak akan dibelenggu dengan tekanan dalam kesibukan.

"Masa Itu Tidak Seperti Emas Kerana Emas Boleh Dibeli. Masa?"



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...