Sunday, April 12, 2009

Tak Suka, Jangan Buat..!!

"Abu tu kan, suka tidur berdengkur. Kuat pulak tu, hahaha"

"Semalam kan, Syahrul tersengguk-sengguk dalam kelas. Kelakar gila aku tengok, haha"

Inilah kata-kata yang keluar dari mulut Saiful. Dalam kehidupan sehariannya, dia kerap menjadikan kelemahan dan kekurangan orang lain sebagai bahan umpatan.

******************************************************************

Satu hari, Saiful terdengar rakan-rakannya berbual-bual tentang dirinya.
"Saiful tu bukannya pandai sangat pun. Berlagak je lebih"

Maka, apa lagi. Menyiraplah darah muda Si Saiful ni. Lalu diterjahnya kawan-kawannya tadi dan terus di'sOund'.

"Woi, apahal cakap belakang-belakang ni?! Tak puas hati cakap depan-depan laa!!"

Dush3..!!

Teetttt..!! Cerita dah habis..
Kesimpulannya, kalau kita tak suka orang buat benda tak baik kat kita, maka janganlah kita buat benda tu kat orang lain. Sebagai contoh, kalau kita tak suka difitnah, janganlah kita dok fitnah orang pulak.
Sekian, wallahua'lam.. ^_^

Wednesday, April 8, 2009

Kisah Benar : Celako.

"Celako punyo asli..!!" bentak seorang pakcik di kejiranan saya setelah motor kapcainya dipintas seorang orang asli secara rakus dan kurang ajar.

Pakcik tu orang Nogori, tu pasal la dia sebut celako yang mana dalam bahasa standard tanpa modified berbunyi CELAKA.

Tak cukup sekadar memaki. Pakcik itu kemudiannya pergi minum di kedai kopi dan bercerita kisah orang asli yang memintasnya tadi.

"Celako punyo asli" kata pakcik itu lagi di kedai kopi tersebut.

***********************************************************

Cerita orang asli memintas motor pakcik tu tiba-tiba menjadi berita yang agak HOT. Saya pun tak faham. Apa kejadahnya berita tu digembar-gemburkan. Ishq3x.....

Setelah sekian lama berita HOT tu tersebar, perkataan 'CELAKO' tu menjadi perkataan yang famous pulak di kejiranan saya. Bukannya apa, perkataan CELAKO tu digunakan untuk menggelar pakcik tu tadi pula.

cth: "Oh, tu cucu si Celako"

Hmm terbit juga rasa kasihan saya pada pakcik tu. Disebabkan kesilapan mulut dia menCELAKOkan orang asli, akhirnya dia yang dipanggil CELAKO.

Orang-orang kampung pulak, selamba radak je gelar orang dengan perkataan tak elok tu.
Harap-harap diorang-diorang ni akan berhentilah nanti..ameen~

Ingatlah panggilan dan gelaran tu merupakan satu bentuk doa.

'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'


Renungkanlah...

Tuesday, April 7, 2009

5 kali vs 2 kali

Pada suatu hari, seorang ulamak menaiki sebuah kapal terbang untuk ke suatu destinasi X.
Sedang dalam penerbangan, masuk waktu solat. Maka, ulamak ini pun bersiap sedia untuk menunaikan solat. Lalu ulamak ni pergi ke tandas untuk mengambil wudhu'.

Buat pengetahuan semua, tandas dalam kapal terbang tu tak lah besar mana pun. Dalam tandas tu, ada sebuah kolah air. Maka, ulamak ni pun berwudhu' menggunakan air dari kolah tersebut.
Ulamak berwudhu' seperti biasa dan apabila tiba saat untuk membasuh kaki, ulamak tercari-cari 'cebOk', 'gayung' mahupun 'tOler' untuk memudahkan proses membasuh kaki beliau. Tetapi kesemua alatan tersebut takde dalam kapal terbang tu.

Maka, beliau pun mengambil keputusan untuk mencelup sahaja kaki beliau ke dalam kolah tersebut sebab air dalam kolah tu lebih dari 2 kolah. Disebabkan ruang dalam tandas yang agak sempit, ulamak ni membuka pintu tandas terlebih dahulu sebelum mengangkat kaki ke dalam kolah agar lebih mudah.

Tatkala asyik mencelup kaki, seorang pramugari melintasi tandas tu. Pramugari yang terkesima melihat perbuatan ulamak tu terus menegur.

"Encik, encik buat apa ni? Kotorlah air tu kalau encik celup kaki. Air tu kami buat basuh muka tahu tak..?"

Ulamak pun membalas.
"Oh, maaf. Berapa kali anda semua basuh muka menggunakan air ni dalam sehari..?"

Pramugari jawab dengan selamba.
"2 kali la.."

Ulamak berkata lagi.
"oh, kalau macam tu, kaki saya lebih bersih dari muka anda semua sebab saya basuh kaki saya 5 kali sehari (wudhu').."

Lalu pramugari terdiam seribu juta lemon bahasa.
*****************************************************


Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah r.a. katanya, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah kekotoran (pada badannya)?” Para sahabat r.a. menjawab, “Tidak akan tetinggal sedikitpun kekotoran.”

Rasulullah s.a.w bersabda, “Maka demikianlah juga solat lima waktu, melalui solat Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa.” Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


* Renungkanlah cerita dan hadith di atas.

* Boleh juga jika nak tukar plot tempat kapal terbang kepada tempat2 lain seperti muzium dll mengikut kesesuaian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...