Friday, May 29, 2009

Oh TaWe..

Alhamdulillah, tamat sudah Taaruf Week tahun ni. Ada suka, ada duka.

Manis sungguh bibit-bibit kenangan yang tercipta.

Berkenal-kenalan dengan sahabat dari kampus Nilai.
Bekerja bersama-sama..

Berkenal-kenalan dengan adik-adik baru.
Berkongsi pengalaman yang ada..

Bagi ana, pengalaman yang tidak mungkin dilupa adalah kenangan sewaktu malam closing.
Mengapa? Apa yang terjadi..?

Hehe, ana dilambung(julang) ke udara oleh sahabat2 committee..
Itulah kali pertama ana dilambung. Punya la gayat.
Ana tersangatlah seram sewaktu dilambung tu. Bukan apa, takut yang melambung tu 'cedera'.

Sewaktu closing TaWe, ada satu pengumuman yang ditujukan kepada semua committee.

Pengumuman apa??

Pengumuman yang menyatakan bahawa semua committee yang terlibat dalam TaWe diberikan cuti tambahan sehingga 3 Jun(Khamis)..

Ye, ramai committe yang gembira dengan berita tersebut.
Mana tak nya, ada committe yang dah berbulan tak balik kampung, cuti sem pulak kena jadi committe TaWe. Bila dapat cuti tambahan ni, dapat la jugak balik kampung menjenguk keluarga tercinta.

Apapun, tahniah diucapkan kepada semua sahabat-sahabat committee TaWe kerana berjaya melaksanakan TaWe kali ini..!!

Thursday, May 28, 2009

Cultural Night Yg Kontroversi

Seperti biasa, tentu akan ada satu malam dalam Taaruf Week yang dipanggil Cultural Night. Untuk Culutural Night kali ni, ana ditaklifkan menjadi Person In Charge(PIC). Ana dan rakan-rakan committee kena handle Cultural Night dari awal sehingga habis.

Agak-agak, siapa la ye yang datang buat persembahan pada Cultural Night tu?

Hijjaz ke?

Raihan ke?

Inteam kot..sebab Inteam ni bekas pelajar UIA..

Sebenarnya memang persembahan malam tu dibuat oleh bekas pelajar UIA, tapi bukan artis nasyid. Nama grup yang datang malam tu Dewangga Sakti. Sebuah kumpulan yang menyanyikan lagu-lagu rakyat, lagu irama Melayu...

Ada juga kami memperjuangkan untuk buat nasyid tapi tak berjaya. 'Mereka' kata nak buat kelainan dalam UIA. Takpe...kami buat kerja je, melawan kang 'kena' pulak..

Ni tentatif program malam tu..
9.00mlm- Event start
- Doa
- Persembahan oleh Dewangga Sakti (1)
- Persembahan sajak oleh Ust Che Majid
- Persembahan oleh Dr Iqbal
- Persembahan oleh Dewangga Sakti (2)
- Closing

Tapi, dalam pada ana melaksanakan program tu, ada la timbul beberapa kontroversi yang agak men'dOwn'kan jiwa....

Sebenarnya program malam tu TERstart awal dari masanya. Sepatutnya start pukul 9mlm tetapi entah macamane boleh salah faham tiba-tiba TERstart awal. Pukul 8.50mlm dah start. Bila dah start awal, tiba-tiba MC dapat arahan lengahkan masa sebab nak tunggu orang kat masjid habis solat Isyak. Ana pun minta kat Dewangga Sakti untuk lengahkan nyanyian diorang. Alhamdulillah, waktu diorang start nyanyi, orang kat masjid pun memang dah habis solat.(memang kami dah tanya orang masjid)

Yang tak berapa bestnya, ada pula kontroversi(mesej) kata program kami menganggu orang solat. Rupanya orang yang sebarkan mesej tu solat kat surau. Dia start solat lewat. Memang laa.. Kalau dia solat pukul 10.30mlm, takkan kami nak tunggu dia habis solat baru nak start. Kami just pastikan orang masjid dah habis solat, so kami start. Tak sepatutnya timbul kontroversi tu sebenarnya,

Tapi Alhamdulillah, kontroversi tu sekejap je. Orang yang sebarkan mesej tu pun dah minta maaf. Ada kesilapan sikit. Biasalah manusia...

Yang pasal kenapa panggil Dewangga Sakti, no komen..kami just jalankan program, tak terlibat dalam perancangan..kami hanya menjalankan tugas sbg commttee..

Akhir sekali,
"Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, control emOsi"
Wallahua'lam

Kehangatan Cultural Night

Persiapan Cultural Night dalm Taaruf Week yang ana handle ada sedikit kehangatan hati.
Ada berlaku kekasaran percakapan oleh orang-orang berjiwa SUKMA..hehe

"I mintak flow of event. Ni tentatif..!!"

"You kena la buat flow of event. Kang nak bagitau flow kat performer camane..?!!"

"Kalau tiba-tiba Dewangga Sakti habis nyanyi, then Ust Majid(penyajak) ada kat hujung sana, cane?! Ada ke orang you nak panggil?!"

Responnya...
"Grrrr, benda senang jangan la susahkan..!!"

Soalan yang kasar pasti dibalas dengan respon yang kasar...

Wawawa...sedap nya mulOt..
Pengajaran: Jangan kasar sangat dalam percakapan..buat orang menyampah..
(WARNING: INI ADALAH KISAH BENAR)

Monday, May 18, 2009

Puisi Dunia


'Dunia terus beredar

Masa terus berputar
Di mana hidup akan terdampar
Di mana hayat akan bersandar
Merenung masa depan
Dengan berjuta harapan
Mengenang masa lalu
Sayu rindu dan pilu hati
Naluri insani mencari erti'

-Dendangan kumpulan Algebra-






Sendu Sendawa

Pada suatu malam, ana dan rumate ana, Irfan tinggal berdua dalam bilik. Sedang ana duduk-duduk meng'update' blog, tiba-tiba datang seorang brother..

"Bro, pinjam RM5..nak makan la..tak makan lagi hari ni, lapar sangat"

Waktu tu lebih kurang pukul 11 malam.

Ana yang memang kesempitan wang pun menjawab,
"Saya pun tak ada duit la bro. Fan, ko ada duit tak? Bagilah pinjam.."

Irfan pun cakap,
"Aku tak ada duit pecah ni. Duit besar..", sambil menunjuk sekeping knot RM50.

Brother tu pun cakap,
"Takpelah, saya minta kat orang lain"

Kemudian, brother tu pun pergi meninggalkan kami.

Tiba-tiba kami teringat akan nasi lemak yang Irfan bawa dari rumah. Kebetulan nasi tu banyak dan ahli-ahli bilik ramai yang kekenyangan.

Lalu ana pun pergi ke bilik brother tu. Bilik brother tu dekat sahaja dengan bilik kami. Bilik kami 126, bilik bro tu 127. Bukan sebelah tetapi berdepan, cuma pintu tak setentang.

Waktu ana bagi nasi tu, muka bro tu menggambarkan kegembiraan yang teramat sangat. Waktu tu dia tengah menggaul-gaul sesuatu dalam cawan kecil. Oat barangkali...

Kemudian Irfan pun pergi sembang dengan bro tu. Berkenalan. Tidak perlu rasanya ana mention nama bro tu. Tetapi dia ada cakap yang family dia tak ada di Malaysia, duduk oversea.


Hmm, lepas kejadian tu, ana terus teringat hadith Rasulullah S.A.W :

"Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidur dalam kekenyangan sedangkan tetangga di sebelahnya kelaparan" -(Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Ana pun terus mengupdate blog, menulis post 'Sendu Sendawa' sambil mendengar lagu tentang jiran tetangga dendangan kumpulan Mestica bertajuk 'Sendu Sendawa'. Ni liriknya..


'Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan'
~ Al-Hadis ~

Dua kata yang berbeza
Dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
Sendu dan sendawa

C/O
Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka duka dirasa bersama

Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua

Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara?

Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya

Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita

Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya

Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakit
Sakitlah seluruh anggotanya

Banyak lagi cerita-cerita tentang keperitan hidup student-student yang tinggal jauh dari keluarga ni. Pernah ana terdengar cerita dari seseorang tentang seorang perempuan yang sampai sanggup menggadaikan tubuh badan semata-mata untuk mendapatkan duit bagi membeli makanan. Astaghfirullah al-'Azhiiim, beristighfar panjang kami bila mendengar tentang kejadian tersebut.

Kadang-kadang kita tidak akan perasaan bahawa ramai lagi kawan-kawan kita yang kelaparan, tak ada duit untuk beli makanan. Seperti kisah yang ana cerita tu, andai bro tu tak datang bilik kami minta pinjam duit, kami tak tahu pun jiran kami tengah lapar.

Kejadian tu memang menginsafkan kami sebilik. Semoga kisah ni dapat memberi pengajaran kepada kita semua untuk cakna akan keadaan jiran-jiran dan sahabat-sahabat kita, insyaAllah.





Sunday, May 17, 2009

Kajian Mengenai Bulan Kelahiran & Sikap Anda

oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..

Mari kita lihat serba sedikit kajian
mengenai bulan kelahiran ini, ia mungkin benar atau mungkin tidak..yang pasti anda sendiri yang tahu bagaimana diri anda sebenarnya.

Pandanglah dari sudut positif sudah tentu jangan pandangnya dari pandangan yang negatif.


Mungkin sifat yang baik akan diterima dengan hati yang terbuka dan mungkin anda merasakan betullah itu diri anda..

Tetapi jika ia sifat yang negatif, bagaimana pula penerimaan anda?Mungkinkah anda menerimanya atau mungkin sebaliknya.Lumrah manusia yang inginkan kesempurnaan walhal tiada yang sempurna melainkan Pencipta segala kesempurnaan Tuhan Rabul Jalil.

Jangan ambil sikap negatif sebagai penghalang bagi kejayaan anda.Mungkin anda menerimanya sebagai satu sikap anda yang tak elok, tetapi tak semestinya ia tidak boleh ditukar kepada sesuatu yang lebih baik.

firman Allah di dalam kitabNya:


"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." [Ar-Ra'du:11]





JANUARI


* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.


* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.


* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.


* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.


* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.


* Pandai mengambil hati orang lain.


* Pendiam kecuali telah dirangsang.


* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.


* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.


* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.


* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.


* Cukup sayang pada kanak-kanak.


* Suka duduk di rumah.


* Setia pada segala-galanya.


* Perlu belajar kemahiran bersosial.


* Sifat cemburu yang sangat tinggi.






FEBRUARI


* Berfikiran abstrak.


* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.


* Bijak dan pintar.


* Berpewatakan yang mudah berubah.


* Mudah menawan orang lain.


* Agak pendiam.


* Pemalu dan rendah diri.


* Jujur dan setia pada segalanya.


* Keras hati untuk mencapai matlamat.


* Tidak suka dikongkong.


* Mudah memberontak apabila dikongkong.


* Suka kegiatan yang lasak.


* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.


* Mudah mempamerkan marahnya.


* Tidak suka benda yang remeh-temeh.


* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.


* Sangat berani dan suka memberontak.


* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.


* Pemerhatian yang tajam.


* Suka hiburan dan sukan.


* Suka benda yang bersifat seni.


* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.


* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.


* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.


* Belajar untuk mempamerkan emosi.






MAC


* Berpesonaliti menarik dan menawan.


* Mudah didampingi.


* Sangat pemalu dan pemendam rasa.


* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.


* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.


* Suka pada kedamaian.


* Sangat peka pada orang lain.


* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.


* Tidak cepat marah dan sangat amanah.


* Tahu membalas dan mengenang budi.


* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.


* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.


* Suka berangan-angan.


* Suka melancong.


* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.


* Kelam kabut dalam memilih pasangan.


* Suka dengan hiasan rumahtangga.


* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.


* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.


* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.






APRIL


* Sangat aktif dan dinamik.


* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.


* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.


* Punya daya mental yang sangat kuat.


* Suka diberi perhatian.


* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).


* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.


* Sangat berani dan tiada perasaan takut.


* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.


* Emosi cepat terusik.


* Cuba kawal perasaan.


* Kecenderungan bersifat pendendam.


* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.


* Kuat daya ingatan.


* Gerak hati yang sangat kuat.


* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.


* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.


* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.






MEI


* Keras hati & degil.


* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.


* Pemikiran yang tajam.


* Mudah marah apabila tidak dikawal.


* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .


* Perasaan yang amat mendalam.


* Cantik dari segi mental & fizikal.


* Tidak perlu dimotivasikan.


* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.


* Mudah dipujuk.


* Bersikap sistematik (otak kiri).


* Suka berangan.


* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.


* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.


* Daya khayalan yang tinggi.


* Permikiran yang tajam.


* Pandai berdebat.


* Fizikal yang baik.


* Kelemahan sistem pernafasan.


* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.


* Tidak berapa suka duduk di rumah.


* Tidak boleh duduk diam.


* Tidak punya ramai anak.


* Rajin dan bersemangat tinggi.


* Agak boros.






JUN


* Berfikiran jauh & berwawasan.


* Mudah ditawan kerana sikap baik.


* Berperangai lemah lembut.


* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.


* Idea yang terlalu banyak di kepala.


* Bersikap sensitif.


* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).


* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.


* Bersikap suka menangguh-nangguh.


* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.


* Cepat marah & cepat sejuk.


* Suka bercakap & berdebat.


* Suka buat lawak & bergurau.


* Otaknya cerdas berangan-angan.


* Mudah berkawan & pandai berkawan.


* orang yang sangat tertib.


* Pandai mempamerkan sikap.


* Mudah kecil hati.


* Mudah kena selsema.


* Suka berkemas.


* Cepat rasa bosan.


* Sikap terlalu memilih & cerewet.


* Kurang mempamerkan perasaan.


* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.


* Suka pada barang yang berjenama.


* Mudah menjadi eksekutif.


* Kedegilan yang tidak terkawal.


* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.






JULAI


* Sangat suka didamping.


* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.


* Agak pendiam kecuali dirangsang.


* Ada harga dan maruah diri.


* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.


* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.


* Sangat menjaga hati orang lain.


* Sangat peramah.


* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.


* Berjiwa sentimental.


* Jarang berdendam.


* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.


* Tidak suka benda remeh-temeh.


* Membimbing cara fizikal dan mental.


* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.


* Layanan yang serupa terhadap semua orang.


* Tinggi daya simpati.


* Pemerhatian yang tajam.


* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.


* Mudah dan rajin belajar.


* Suka muhasabah diri.


* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.


* Suka mendiamkan diri.


* Suka duduk di rumah.


* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.


* Tidak agresif kecuali terpaksa.


* Lemah dari segi kesihatan perut.


* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.


* Minta disayangi.


* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.


* Terlalu mengambil berat.


* Rajin dalam membuat kerja.






OGOS


* Suka berlawak.


* Mudah tertawan padanya.


* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.


* Berani dan tidak tahu takut.


* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.


* Pandai memujuk orang lain.


* Terlalu pemurah & bersikap ego.


* Nilai harga diri yang sangat tinggi.


* Dahagakan pujian.


* Semangat juang yang luar biasa.


* Cepat marah & mudah mengamuk.


* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.


* Sangat cemburu.


* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.


* Cepat berfikir.


* Fikiran yang berdikari.


* Suka memimpin & dipimpin.


* Sifat suka berangan.


* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.


* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.


* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.


* Belajar untuk bertenang.


* Sikap kelam kabut.


* Romantik, pengasih dan penyayang.


* Suka mencari kawan.






SEPTEMBER


* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.


* Sangat cermat, teliti & teratur.


* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.


* Pendiam tapi pandai bercakap.


* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.


* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.


* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.


* Sangat sensitif yang tidak diketahui.


* orang yang banyak berfikir.


* Daya pentaakulan yang baik.


* Otak bijak & mudah belajar.


* Suka mencari maklumat.


* Kawal diri dari terlalu mengkritik.


* Pandai mendorong diri sendiri.


* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.


* Suka sukan, hiburan & melancong.


* Kurang menunjukkan perasaannya.


* Terluka hatinya sangat lama disimpan.


* Terlalu memilih pasangan.


* Sukakan benda yang luas.


* Bersistematik.




OKTOBER



* Suka berbual.


* Suka orang yang sayang padanya.


* Suka ambil jalan tengah.


* Sangat menawan & sopan santun.


* Kecantikan luar & dalam.


* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.


* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.


* Sentiasa berkawan.


* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.


* Cepat marah.


* Macam pentingkan diri sendiri.


* Tidak menolong orang kecuali diminta.


* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.


* Tidak suka terima pandangan orang lain.


* Emosi yang mudah terusik.


* Suka berangan & pandai bercakap.


* Emosi yang kelam kabut.


* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).


* Suka melancong, bidang sastera & seni.


* Pengasih, penyayang & lemah lembut.


* Romantik dalam percintaan.


* Mudah terusik hati & cemburu.


* Ambil berat tentang orang lain.


* Suka kegiatan luar.


* orang yang adil.


* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.


* Mudah patah semangat.







NOVEMBER


* Banyak idea dalam perkara.


* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.


* Berfikiran kehadapan.


* Berfikiran unik dan bijak.


* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.


* Pemikiran yang tajam.


* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.


* Sesuai jadi seorang doktor.


* Cermat dan teliti.


* Personaliti yang dinamik.


* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.


* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.


* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.


* Terlalu degil dan keras hati.


* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.


* Tak suka marah kecuali digugat.


* Mudah ambil berat terhadap orang lain.


* Pandai muhasabah diri.


* Cara berfikir yang lain dari orang lain.


* Otak yang sangat tajam.


* Pandai mendorong diri sendiri.


* Tidak hargai pujian.


* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendaksesuatu.


* Cuba sampai berjaya.


* Badan yang sasa.


* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.


* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.


* Suka duduk di rumah.


* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.


* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.


* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.


* Bercita-cita tinggi.


* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.






DISEMBER


* Sangat setia dan pemurah.


* Bersifat patriotik.


* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.


* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.


* Bercita-cita tinggi.


* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.


* Seronok bila didampingi.


* Suka bercampur dengan orang.


* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.


* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.


* Tidak pandai berpura-pura.


* Cepat marah.


* Perangai yang mudah berubah-ubah.


* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.


* Benci pada kongkongan.


* Suka berlawak.


* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

Monday, May 11, 2009

Pinggan Bersih Pinggan Kotor

Bayangkan satu hari 2 orang rakan anda meminjam pinggan dari anda. Masing-masing menggunakan pinggan tersebut untuk makan. Setelah makan, seorang rakan memulangkan pinggan dalam keadaan bersih sebaliknya yang seorang lagi memulangkan pinggan dalam keadaan kotor.




Adakah anda marah?

Apakah yang akan anda lakukan??

Sudah tentu anda akan menyimpan terus pinggan yang bersih sedangkan pinggan yang kotor perlu dicuci terlebih dahulu. Ianya perlu direndam dalam air sabun, digosok, dibilas, dikeringkan dan kemudian barulah anda menyimpannya di tempat tertentu. Benar?

Apa kaitan pinggan kotor & pinggan bersih ni dalam hidup kita?

Nak jadi Chef Wan ke??

Mari kita renung balik hidup kita didunia ni. Allah memberi pinjam nyawa dan jasad kepada kita untuk kita hidup di muka bumi milik Allah. Suatu ketika nanti, kita akan diminta memulangkan kembali pinjaman yang diberi Allah kepada kita.

Maka pada ketika itu, barangsiapa yang memulangkan jasad dan nyawa dalam keadaan bersih dari dosa akan terus disimpan (dimasukkan) di syurga Allah. Akan tetapi barangsiapa yang memulangkan jasad dan nyawa dalam keadaan penuh dengan kotoran iaitu dosa, maka akan dibersihkan terlebih dahulu kotoran-kotoran tersebut.

Bagaimana cara ia dibersihkan?

Kotoran-kotoran tersebut akan dibersihkan dengan cara dibakar di dalam neraka. Dan setelah bersih dari kotoran, barulah akan disimpan di syurga.

Maka, sama-samalah kita beramal ibadah di dunia agar nyawa dan jasad kita dipulangkan dalam keadaan bersih dari noda dan dosa.

Renung-renungkan dan selamat beramal..



Tuesday, May 5, 2009

AKU HANYA KEPALA PAIP


Aku sebuah kepala paip. Aku dicipta di salah sebuah kilang di Petaling Jaya. Aku dicipta bersama-sama dengan beratus-ratus rakanku yang lain.

Pada suatu hari, aku & rakan-rakan dibawa menaiki sebuah lori yang besar. Kami dibawa ke sebuah kawasan pembinaan. Lalu aku dipasang di bangunan tersebut. Bangunan tersebut diberi nama Mahallah Abu Bakar.

Sedang pada masa yang sama, sebahagian dari rakan-rakanku yang lain dibawa pula menaiki lori ke sebuah kawasan pembinaan berdekatan denganku. Lalu mereka dipasang di bangunan tersebut yang diberi nama Masjid Kolej Islam Malaya.

Aku berkhidmat di sebuah bilik basuh, mengalirkan air untuk manusia membasuh baju, membasuh pinggan, gosok gigi dan sebagainya. Sedangkan rakan-rakanku di masjid berkhidmat bagi manusia yang ingin berwudhuk dan bersolat. Aku berasa cemburu dengan rakan-rakanku yang berkhidmat di masjid tersebut kerana khidmat mereka kurasakan jauh lebih besar berbanding diriku.




Namun setelah penatku berfikir, aku tidak lagi cemburu melihat rakan-rakanku di masjid kerana aku hanya sebuah kepala paip. Dimana sahaja aku berkhidmat, jasaku tetap sama.

Tetapi aku sungguh pelik melihat manusia disekelilingku. Mereka tidak langsung merasa cemburu melihat rakan-rakan mereka menunaikan solat jemaah di masjid. Mereka lebih memilih untuk solat sendirian di bilik sendiri. Sedangkan mereka telah dijanjikan pahala 27 kali ganda lebih besar jika solat berjemaah. Sungguh, manusia itu kadang-kadang seakan-akan lebih jahil dari diriku, hanya sebuah kepala paip.

Aku hanya mampu melihat sahaja kerenah mereka. Mungkin aku hanya kepala paip, tiada apa yang perlu mereka segankan. Sedarlah manusia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...